Satu fakta yang tak pernah tertulis tetapi selalu pelajar buat ialah pelajar lelaki akan bawa pen sebatang sama ada hitam atau biru, kertas untuk tulis? confirm pinjam dengan pelajar perempuan....manakala pelajar perempuan pula selalunya akan bawa penuh aksesori dalam dalam kotak pensil mereka....marker, pen pelbagai bangsa dan keturunan pen, wangi, masam, manis semua mak nenek pen pun ada, magic pen, pembaris, pemadam pendek kata cukup lengkap bagi seseorang untuk menimba ilmu tetapi selalunya anda menjadi mangsa pinjaman si budak lelaki yang duduk sebelah ataupun yang duduk jauh disudut terpencil dalam kelas....\pasal hilang pen yang dibawa.....
Itulah kenangan zaman persekolahan aku...tapi semenjak dua dah bergelar pendidik ni bila dapat pelajar pelajar macam tu semacam teringat nostalgia lama.....klasik....tapi bagi seorang kenalan aku yang sedang menuntut ilmu fizik peringkat master dia begitu marah dengan situasi yang berlaku tersebut....
Pernah dalam kuliahnya dia betul betul marah dengan pelajar yang sebegitu....
" Baiklah esok semua pastikan bawak calculator saintifik ya..."
Esoknya satu kelas lupa bawak....apa lagi mengamuklah orang tua tu
"Baiklah semua....hari ini kamu semua sedang menuntut ilmu dari saya.Ilmu tu tak datang secara percuma....ia akan datang menusuk pada dalam hati dan minda kamu sekiranya kamu ikhlas dalam menuntut ilmu....sekiranya kamu berkira dalam menuntut ilmu, jangan salahkan ilmu sekiranya ilmu itu tak datang kepada kamu, jangan salahkan ilmu sekiranya ia berkira untuk masuk dalam kepala hotak kamu"
" Inilah punca kenapa dalam satu kelas cikgu yang sama, pelajar yang sama menuntut, masa yang sama diajar tetapi kenapa masih ada yang pandai, yang terus faham tetapi masih ada yang bodoh?? kamu faham pengertian bodoh tu apa? satu kali kesalahan orang akan maafkan, dua kali diulang kesalahan yang sama dianggap masih belajar tetapi tiga kali masih membuat kesilapan yang sama dianggap bodoh....dan dimana kamu sekarang?"
" Contoh saya bagitau kamu semua, kamu ada seorang kawan...dia berkira sangat dengan kamu. asyik kamu jer payung (belanja) dia setiap kali berada di kedai makan, Duit dia sesen pun dia taknak keluar.Itu contoh di kedai makan, di situasi lain bila kamu susah dia langsung menjauh diri dari kamu...adakah orang macam ini yang kamu nak tolong bila kamu senang? Macam tulah ilmu...kalau kamu berkira sangat untuk ilmu masakan kamu akan absorb 100% ilmu yang diajar?"
Panjang lebar kawan aku berleter tetapi setiap kata kata dia ada betulnya....
Kita selalu mengharapkan sesuatu yang diberikan orang mestilah sempurna tetapi sempurnakah kita dalam menerima pemberian itu?
Adakah kita hormat buku? kita belikan rak untuk menghormati ilmu yang ada dalam buku itu? Jadi jangan salahkan sesiapa kerana puncanya datang dari kita sendiri....
akhir kata terima kasih sahabat kerana mengajar tentang kehormatan ilmu....
*Sesuatu makanan itu kalau kita tak ambil dan suapkan dalam mulut adakah ia akan masuk terbang ke dalam mulut kita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAB 1: SEJARAH DAN PENGENALAN AUTOCAD AutoCAD merupakan salah satu cabang Design Software Engineering berbentuk 2D dan 3D. Software ini...
-
MAKAN KERANG LEPAS TERAWIH Yezaaa, Salam Ramadhan 2014 dan Salam cium tangan muah muah muah kepada semua...entry kali ini aku nak cerita p...
-
As Salam... nama saya Mohd Fadzlee bin Mohd . Hari ini merupakan hari pertama saya berblog selepas sekian lama akaun friendster (agaknya dah...
sangat bermanfaat artikel ini.. benar kata pensyarah itu, ilmu tidak datang dengan percuma..
ReplyDeleteterima kasih Azza.....bdk2 menuntut zmn sekarang dh berubah dari zaman dulu...xbanyak.5 tahun dahulu je
Delete