Di dalam sebuah kawasan terdapat sekumpulan anak-anak ayam sedang berkeliaran di satu kawasan.untuk mencari makanan. Tiba-tiba anak beranak itu terjumpa satu telur yang seakan akan adik beradik dengan mereka. Tanpa berlengah mereka beramai ramai secara berjemaah mengutip telur tersebut untuk diberi kepada ibunya. Menyangka telur itu dari keturunan mereka, si ibu ayam pun dengan rela hati mengerang telur tersebut.
Si telur itu sangat istimewa kerana usia eraman telur itu mengambil masa 45 hari untuk menetas sedangkan telur telur lain hanya mengambilk masa 30 hari.Pada waktu yang dijanjikan, bilamana telur itu menetas satu keajaiban berlaku.
"Ibu, kenapa adik kita yang baru menetas tu ada paruh, ada kepak dan.....warnanya bukan kuning macam adik beradik kita yang lain ni???" Begitulah kata kata salah seorang anak ayam yang pelik dengan keajaiban yang berlaku
"Sayang, itu gifted sayang"
Angguk si anak ayam walaupun mereka tak tahu apa maksud gifted itu.
Hari demi hari bulan demi bulan kesemua anak ayam iu dah mula membesar. Jadi suatu hari si ibu ayam mengajar anak anak ayam termasuk yang istimewa itu cara memburu.
"Anak-anakku sekelian, hari ini ibu akan ajar kamu semua macam mana hendak memburu cacing yang ada di dalam tanah dengan menggunakan segala apa yang ada pada kita semua. Baiklah, kita gunakan kaki untuk mengais tanah dan apabila nampak sahaja cacing, patuk dengan mulut....kalau rezeki kita banyak, maka banyaklah hari tu kalau tidak maka ikat perutlah jawabnya.Larat ke mama nak tanggung perut kamu semua ni?"
Si anak mengangguk faham.Dengan tiba-tiba ibunya mencelah
"TAPIIIIIII!!!"
"Di luar sana kita banyak musuh.Tapi musuh utama kita adalah sang helang kerana dahulu datuk nenek kita memungkiri janji. Mereka lupa dimana mereka sorokkan jarum emas yang boleh buat mereka terbang.Lantaran itu Si Helang berjanji asal nampak keturunan kita pasti dijadikan santapan!!!""
Terkeriuk sekor sekor muka si anak ayam kerana takut mendengar amanat dari sang ibunya.
"Ibu dah letakkan sempadan kita dari sini hingga ke hutan itu, jangan sesekali pergi melepasi hutan itu. kelak hanya bangkai kamu sahaja yang ibu kebumikan.Bukan kerana ibu makan, tetapi takut kamu menjadi mangsa santapan si helang raja si langit sana."
Seperti askar yang faham maksud arahan general, mereka sepakat bercip tanda faham. Lantas mereka pun carilah rezeki sesuap cacing dan tidak pernah lupa akan arahan dari sang ibu. Tambahan pula si ibu sentiasa bergerak bersama-sama.
Di suatu hari yang malang, sekumpulan anak ayam itu seumpama dah bosan dengan makanan di tempat tu, dan bagai dihasut syaitan, mereka sepakat untuk pergi melepasi hutan sempadan itu. Di hati masing-masing seakan akan merasakan bahawa makanan di sana mungkin lebih enak, mungkin dapat cacing bertangkai, cacing kembar atau mungkin cacing yang sebelum makan, menari nari tarian arab dulu sebelum ditelan.
"Oii Ajis, kau jangan cari bala Jis, kan mama kita dah pesan...bahaya kat sana...." Tegur si Imran, ayam skema, spek berbingkai hitam dan patuh kepada ibunya.
"Ahh, aku tak kira, mungkin di sana menjanjikan syorrrgaaa....aku pun dah bosan dengan makanan cacing di sini.Mana tahu sana ada cacing grill ke, cacing n chips ker, mix cacing ker" balas Ajis dengan nada hasut
"Macam nilah, mana yang nak ikut , follow jer blakang aku, yang takut, kau makan la kat situ sampai orang datang sembelih kau"
Selepas mereka melepasi kawasan hutan tersbut, alangkah terkejutnya kerana di sana, asal kais ada cacing, asal kais ada cacing, tak kais pun cacing siap lambai lagi suruh makan. Apa lagi, kumpulan anak ayam yang pergi ke situ semua berpesta dan berdondang sayang la.Tanpa meyedari ada mata yang memerhati nun jauh di angkasa langit raya.....
bersambung di episod akan datang.....hatiku....hatimu....(lagu tema lepas habis citer slot akasia tv3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAB 1: SEJARAH DAN PENGENALAN AUTOCAD AutoCAD merupakan salah satu cabang Design Software Engineering berbentuk 2D dan 3D. Software ini...
-
MAKAN KERANG LEPAS TERAWIH Yezaaa, Salam Ramadhan 2014 dan Salam cium tangan muah muah muah kepada semua...entry kali ini aku nak cerita p...
-
As Salam... nama saya Mohd Fadzlee bin Mohd . Hari ini merupakan hari pertama saya berblog selepas sekian lama akaun friendster (agaknya dah...
No comments:
Post a Comment