Friday, 4 October 2013

APA ITU AUTOCAD?


BAB 1: SEJARAH DAN PENGENALAN AUTOCAD

AutoCAD merupakan salah satu cabang Design Software Engineering berbentuk 2D dan 3D. Software ini dimajukan dan dijual oleh company perusahaan automasi terbesar dunia iaitu AUTODESK.Inc yang berpengkalan di bandar Sausalito, California.


  
Sejarah asal AutoCAD ini dikenali sebagai Interact CAD pada tahun 1977 dan orang yang menjadi pengasasnya ialah  Michael Riddle 
Michael Riddle, Inventor of AutoCAD

mula di released pada Disember 1982 dan kini pada tahun 2009, AutoCAD telahpun bertukar kepada AutoCAD 360 (sehingga artikel ini ditulis pada 3/10/2013). Orang yang bertanggungjawab membeli dan memperkenalkan AutoCAD di mata dunia ialah John Walker, founder of AUTODESK.Inc. Itu pun selepas John Walker membeli hak cipta dari Michael Riddle pada masa itu dengan nilai bayaran USD10 JUTA!!! 

Selepas itu, bila dah jadi hak cipta AUTODESK.Inc sepenuhnya, John Walker dan 12 pemegang syarikat (board of director) invest USD 59, 000 seorang untuk bangunkan perisian ini. Pertengahan 1986, hasil mereka berbaloi dengan keuntungan syarikat tahunan USD40 JUTA dengan mempunyai seramai 255 kakitangan dan tahun itu juga belaiu meletak jawatan.Pegangan saham syarikat yang ada pada beliau pada tahun itu ialah USD 45 JUTA!!!   


John Walker, founder AUTODESK.Inc

Dalam cabang industri, penggunaan AutoCAD banyak digunakan oleh pelbagai lapangan industri termasuk arkitek, pengurus projek dan jurutera lain dan sehingga sekarang di Malaysia, sebut sahaja perisian AutoCAD kepada pelajar pelajar kejuruteraan, mereka pasti kenal dengan perisian ini.

Di Malaysia, penggunaan software AutoCAD mula memasuki pasaran sekolah sekolah teknik pada tahun 2002. Sebelum itu para pelajar dengan susah payahnya memeras kepala bagaimana menterjemahkan sesuatu lukisan itu dalam bentuk papan lukisan. Dengan adanya CAD (Computer Aided Design) atau lukisan terbantu komputer ini, para pelajar sudah tidak dibebani oleh kesukaran melakukan tugas-tugas melibatkan lukisan kejuruteraan.

Di sini saya senaraikan 5 perkara kenapa AutoCAD lebih mudah berbanding papan lukisan manual

1) Hanya memerlukan CD AutoCAD yang mana kos CD Originalnya sama dengan membeli Drawing Table, Papan Lukisan, T square atau I square, Protractor Set atau Geometry Set (compass,divider), French Curve,Triangle atau Square Set, Template, Mechanical Pencil, Eraser Shield dan lain-lain.

2) Lukisan yang dibuat dalam AutoCAD boleh diedit tanpa perlukan PEMADAM!!! Hanya click DELETE sahaja  

3) Penggunaan kaedah modify yang banyak membantu menyenangkan pengguna supaya tidak membuat sesuatu kerja berulang kali. antara kaedah modify yang popular ialah copy,mirror, array, offset, dan banyak lagi

4) Tidak memerlukan pembaris panjang seperti I Square atau T Square dalam membuat satu binaan garisan yang panjang

5) Colour Editting mampu membezakan antara setiap garisan dan saiz objek boleh disetting

Saya rasa setakat itu perkongsian pengenalan untuk Bab 1. Terima kasih kerana membaca

sumber dan kredit kepada:

http://en.wikipedia.org/wiki/AutoCAD
http://kelempemgg.blogspot.com/2012/05/sejarah-autocad.html
http://belajar-autocad.blogspot.com/2008/10/pengertian-autocad.html
http://rizkipriharto.blogspot.com/2012/01/apa-itu-autocad.html

No comments:

Post a Comment

Popular Posts