Yezaaa, Salam Ramadhan 2014 dan Salam cium tangan muah muah muah kepada semua...entry kali ini aku nak cerita pasal aktiviti yang dibuat selepas tamat menunaikan solat sunat terawih....ketika perut bergelora, dahaga naik ke tengkuk, kenyang selepas juadah berbuka puasa, apa lagi mencari makanan ringanla cerita dia....
Nak lagi style, sepanjang aku duduk di sempadan daerah segi tiga emas negeri ni,
sempadan Kedah- Bandar Bharu
sempadan Penang- Nibong Tebal (Mak ang beranak tang mana???)
sempadan Perak- Parit Buntar
rata-rata setiap kali time posa, dah macam satu kewajipan yang meriah selepas terawih, makan makanan yang ringan macam kerang rebus, sotong kangkung dan spesis anok beranok kerang.... bukan nak katala, aku duduk sini dari tahun 2006 sampai sekarang dan sekarang yakni tahun ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan tatkala ribut petir sambar menyambar berebut orang buka kedai kerang rebus ni, dah macam trendy oooo - )
Jadi aku pun tak terlepas peluang nak jengah-jengah lepas terawih makan makanan ringan macam ini....hehehe...so apa lagi, aku pun pergila ke kedai area parit buntar, lokasinya dekat pekan lama, siapa lagi kalau bukan PAK MAT CERIA....
Dekat Pak Mat tahun ni dah naik 50 sen sepinggan menjadikan rate harga pasaran sepinggan RM 3.50 dan untuk hidangan 4 orang digalakkan ambil yang RM 10.00 sepinggan. Keenakan kerang Pak Mat ni terletak pada kuah kacang dia.....memang superbbb dan double thumbs up!!!!
Waktu operasi pulak dari pukul 8.30 malam macam tu sampai 2 pagi. Digalakkan kalau nak dapatkan suasana tenang kat sini datangla area-area pukul 11.30 malam, pasal kalau datang pukul 9.00 malam kami gerenntiii tak puas ati!!!! yela mana nak puas hati kalau nak parking tempat pun dah sesah, nak pilih meja pun satu hal, nak tunggu order datang pun satu haru, nak tunggu kerang sampai pun satu macam angin, jadi kesimpulannya nak datang sini better pukul 11.30 ke atas, tak caya statement ni bole datang pukul 9 jugak.....
![]() |
KUAH KACANG YANG JADIII NGATT |
![]() |
YANG NI SET RM10.00 UNTUK 4 ORANG MAKAN |
![]() |
KEBERSIHAN KERANG DIJAGA, BERSIH JEE |
Harga tahun 2014
RM 3.50 untuk 2 orang atau 1 orang
RM 10.00 untuk 4 orang atau 3 orang
Waktu operasi
Mula pukul 8.30 malam tutup sekitar 2 pagi
Hari tutup lupa nak tanya, agak-agak kedai gelap pusing balik ler
![]() |
DATANG PUKUL 10.00 TENGOK SENDIR SUASANA |
![]() |
SUASANA DALAM KEDAI |
![]() | ||
MASIH LAGI SUASANA DALAM KEDAI |
![]() |
YANG NI HADIR SELEPAS YANG BELAKANG TU SETELLL |
Selain daripada kerang, kepah jugak ada dijual disini, dan tak lupa juga mee kuah, mee sup dan laksa untuk sajian lepas terawih ni...so esok nak try tempat lain pulak.....hehehe
Terima kasih.
hurmmm... tak pernah rasa lagi makan kerang dengan kuah kacang.
ReplyDeleteIdea yang bagus... nampak yummy!
Tambah2 bln ramadhan ni...setting makan apa2 pun tetap jadi selera
Delete