Tuesday, 1 July 2014

ZAITON CERITAKU : REVIEW

Selamat pagi semua...tak kira la malam ke siang ke petang ke lepas maghrib ker tapi sengaja saya ucapkan selamat pagi kerana pada waktu pagi kita tentu bersemangat.tak gitu?

Akak Eton Anak Meon



Okaylah...entry kali ini saya nak berkongsi review cerita pasal Zaiton:Ceritaku. Mungkin agak terlewat kerana cerita ini dah lama kuar wayang...release November 2012 sekarang dah nak tengah tahun 2014 dah...hahahahha....tu pun pasal aku tengok kat ASTRO WARNA....tapi takpe...pengarah citer ni Esma Daniel melalui produksi Bruang Film Sdn. Bhd. dan ini merupakan cerita pertama karya beliau.
Pengarah Yang Perlu Diberi Pujian

Malangnya, cerita ini tidak mendapat sambutan dari peminat-peminat tempatan. Antara sebab yang saya rasakan ialah :

1) Diva legend "Zaiton Sameon" ni hidup zaman kaset. Bukan macam sekarang. Kot Youtube pun dah boleh jadi artis.

2) Orang tak kenal siapa kak Eton ni....yela...dah tahun 2014 kan....remaja yang umur 18 tahun sekarang pun dah lahir tahun 1995.....

3) Skeptikal mengenai cerita melayu yang masih menebal. Asal cerita melayu orang cop boring...kadang-kadang pengarah filem blockbuster macam James Cameron (Titanic,Avatar) pun boleh buat citer sampah inikan pula pengarah melayu kita...

So 3 sebab tadi pun dah confirm menyebabkan filem ini kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tapi saya salute ngan tuan direktor tu pasal boleh buat cerita almost 99% sama ngan kisah hidup kak eton ni.


Sedih Aku Pedih

Pasal apa aku beri pujian kepada cerita ini adalah disebabkan kesediaan Zaiton Sameon sendiri membuka cerita kisah peribadi hidupnya sendiri yang penuh ranjau. Boleh mengalir air mata camtu jer.
Aku Yang Dolu Bukanlah Yang Sekarang

Cerita itu bermula dengan selepas habis show, dia dan anaknya, Azirwan Abu Bakar atau nama manja Irwan  hendak berjumpa dengan suaminya.Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba van yang dinaiki mereka dilanggar lori. Lokasi tempat pelanggaran tu ada yang cakap di Jalan Kuala Lumpur -Ipoh dekat Batang kali ada yang cakap dekat Kuala Ketil tapi yang pastinya beliau kemalangan dan mengakibatkan kecederaan teruk di kepala.Lebih malang lagi anak tunggalnya meninggal di tempat kejadian. 83 hari berada dalam keadaan koma di Hospital Besar Kuala Lumpur di wad ICU dan wad 6A dan boleh dibenarkan pulang pada 14 Mei 1990.

Beliau pulang dalam keadaan tidak siuman.Tidak kenal orang disekeliling termasuk kedua ibu bapa dan adik beradiknya. Sehingga kematian ibunya yang tergelincir di dalam bilik mandi ketika memandikan dia pun dia tak perasan.Lepas tu adiknya,Syamsul yang bersusah payah memberi semangat untuk dia berjalan kerana selepas pulih dari koma tu,selain kepala, kakinya turut cedera.

Bila dah ada kaki, makin panjang langkahan beliau.Si Syamsul berjumpa dengan kawan dia, seorang komposer untuk menyuruh kakaknya menyanyi semula tetapi suara Zaiton yang dulu dah tak sama selepas kemalangan tersebut. Hal ini menyebabkan beliau tak dapat menerima kenyataan. Akhirnya beliau lari dari rumah. Dalam keadaan tidak ketahuan dan nyaris dilanggar Akhirnya si pemandu itu, Rahim namanya ambil dan membela beliau dengan bantuan emak dan adiknya.

Minat yang mendalam Zaiton terhadap nyanyian memang tiada tolok bandingnya.Beliau menanyi di serata tempat dan pernah buta buta jer masuk menanyi di majlis pernikahan orang. Ada yang cemuh dan tak lupa yang hargai. Pernah suatu hari beliau menanyi karaoke di kedai makan, tiba-tiba dirisik oleh ahli perniagaan.

Setelah bersetuju, banyak modal yang telah dikeluarkan oleh ahli perniagaan tersebut untuk mengangkat si Zaiton balik ke zaman kegemilangan tapi by the end, gagal dan menyebabkan ahli perniagaan itu muflis teruk.Di saat itu Rahim datang dan membelanya balik.

Rupa-rupanya di saat Zaiton berada di era kegemilangan, di saat kedua orang tua beliau masih bernafas, Zaiton berada di puncak, ketika itulah si merak megah mengembangkan ekornya, melihat semua orang tidak bernilai di matanya.Ibunya boleh dimaki dan dicampakkan wang tanpa rasa bersalah ketika datang untuk meminta sedikit wang, nasihat ayahnya supaya menutup aurat tidak diendahkan.Beliau sendiri mengaku bahawa di zaman kegemilangan beliau, beliau ada mengambil susuk. Tambah menyedihkan lagi, di saat kedua orang tua beliau menghembus nafas yang terakhir, beliau tidak sempat untuk meminta maaf dan itulah harga yang terpaksa beliau bayar dalam mengharungi sisa hidup sehingga sekarang.

Moralnya yang hendak disampaikan atau mesej sebenar yang ingin disampaikan dalam cerita ini ialah taatilah dan patuhilah pesanan kedua ibu bapa kita, sentiasa pohon kemaafan kerana kita tidak tahu bila masa mereka akan pergi meninggalkan kita.
  
Apapun lagunya memang feeling abis gitu. 2 lagu kegemaran saya ialah "Menaruh Harapan" dan "Kabut Serangkai Mawar". Kedua-dua lagu ini memang 'berhantu' pada zaman kegemilangannya dan kredit pada Nadia Aqilah Bajuri kerana menjiwai watak kak eton dengan sempurna. 

Selepas cerita ini keluar, dah ramai orang upload zaman-zaman kegemilangan Zaiton Sameon ni di youtube. Dan bagi aku ini cerita sebenar mengenai Zaiton Sameon, mengapa dia menjadi separuh gila sampai sekarang, ada terjawab dalam filem itu.

Apapun dia bagi aku dianggap diva sezaman dengannya. Dan tahniah kepada pengarah kerana mengangkatnya kembali.

Terima kasih.















No comments:

Post a Comment

Popular Posts