Hari ni genaplah 3 bulan aku,seorang yang bergelar penganggur, kerana kehidupanku kais sudah makin kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Pada saat ini hari ini,
- Bil internet aku sudah menunggu masa untuk dihentikan tempoh, sebulan lepas aku sudah jelaskan RM 200.00 dan masih ada baki tertunggak dan sekarang pun dah start nak kacau kacau
- Bil telefon pun sudah tinggal 8 hari je lagi baki untuk aku terus berhubung, bayangkan bil sebelum ini berharga RM 230.85 dan minggu lepas aku sudah bayar RM 150.00. Tap tap hari ni dapat mesej kene bayar baki dalam RM 80.00 dan tempoh diberi cuma 8 hari lagi iaitu 13 haribulan kerana cycle aku adalah setiap 13 haribulan setiap bulan
- Bil kad kredit yang dah limit RM 4000.00 dan sudah mintak bayaran dan masuk bulan ni mungkin sudah 3 bulan kot..hehehe
- Bil sewa rumah berjumlah RM150.00 bulan ni masih belum langsai, satu rumah 3 orang termasuk aku, campur dengan bil api dan bil air sekali
- Bayaran balik pinjaman Yayasan berjumlah RM 150.00 sudah pun miss bulan lepas dan dah nak masuk bulan Julai ni...
- Itu sahaja...
Fikir-fikir balik agak sengal jugak aku yer ...yerla, bergaji gomen, tetap dan berpencen, alih alih senang senang je chow walaupun bukan secara official lagi (cuti tanpa gaji je sekarang ni)
Ada mulut-mulut orang cakap, patut kijer dulu baru fokus bisnes, patut dah established baru la resign,patut plan dulu sebelum fikir nak berhenti,patut....patut...bla bla bla....sorry cakapla...tu bagi aku cakap orang takut dalam meniti hidup sendiri sebagai seorang pejuang....kerana mental aku sekarang dah diset sebagai orang yang berani hadapi risiko. Bukan orang makan gaji.
YES!!
Hari ini kat atas tu antara hutang-hutang yang perlu aku jelaskan setiap bulan hingga cukup haul. Dan sekarang keadaan aku dah macam cacing kepanasan kerana sendiri gali lubang kubur...hahaha...
Siapa kat sini mencintai Rasulullah S.A.W??? Pasti semua orang angkat tangan, semua umat islam mengaku bahawa dia antara pengikut baginda, mengamalkan sunnah baginda, alih alih cari kerja makan gaji kerana takut cabaran dunia hari ini, tak kerja dipandang hina, dipandang jijik....duk takut sangat dengan tekanan orang sekeliling,orang sekeliling kia ni mati jer baru buleh tutup mulut, boleh diam....lagi tak mati lagi tu la bercakap, kot mana pun nak rasa beban tu diri sendiri, nak rasa kemanisan tu diri sendiri.
Salah satu sunnah Baginda adalah meniaga, dan sebelum aktiviti penyebaran Islam bermula baginda berniaga sejak di awal usia yang sebegitu muda.....3 tahun diajar mengembala kambing dan usia 12 tahun sudah mula berniaga kerana baginda diangkat menjadi nabi dan rasul ketika berumur 40 tahun (correct me if i'm wrong)
Ketika baginda berusia 25 tahun, waktu itu baginda sudah menjadi saudagar yang kaya raya dan dek kerana kekayaan bagindalah si janda Siti Khadijah binti Khuwalid dikahwininya, janda kaya raya jugak...senang cerita kalau waktu sekarang takkan Nora Danish, janda top tu nak kawin dengan pak guard jaga TESCO, mestilah cari teman segagan jugak buat peneman hidup.
Jadi rupanya aku selama dari kecil sudah tersalah didikan ilmu..
"Kalau kita hendak berjaya, kita mesti belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading"
Maaf cakap, ayat itu sebenarnya ayat yang menghancurkan generasi kita sendiri kerana banyak keburukkan dari kebaikan.
KENAPA AKU PERLU BERKATA BEGITU??
Sejarah telah membuktikan,
- Billionaire Tao Kae Noi yang barangnya ada di merata-rata 7 eleven seluruh dunia hari ini skip kelas walaupun harapan kedua ibu bapanya nak melihat dia memiliki segulung ijazah. Kisah perit maung hidup bergelar billionaire ada dalam cerita the billionaire
- Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ,keturunan yahudi, skip jugak kelas waktu menuntut di Universiti Harvard dan masih boleh jadi kaya raya hingga tahap billionaire dan ceritanya ada didedikasikan dalam The Social Network
- Pengasas Microsoft, Bill Gates, budak yang tidak habis belajar di Universiti Harvard pun sampai sekarang masih hidup senang lenang
Cukup 3 tokoh itu sahaja sudah cukup membuktikan fakta bahawa pendidikan formal kurang relevansinya pada dunia hari ini. Pangkat tertinggi dalam bidang pendidikan formal adalah level PHD dan berstatus Professor, dan dengan gelaran tertinggi itu rata-rata professor yang ada kebanyakkan bangga dan sombong, malah kalau pelajar menanyakan soalan-soalan yang bodoh baginya, dipandang kerek pelajar itu.Bukannya membantu, malah menghina!!!
Berbeza dengan rata-rata tokoh Businessman yang kaya raya, makin ditanya makin sudi membantu malah ada yang sudi menunjukkan jalan bagaimana hendak menjadi seperti beliau suatu hari nanti..
Dalam dunia hari ini, bukan persoalan siapa berjawatan tetap, siapa makan gaji, siapa kerja swasta, siapa berpangkat degree, siapa berpangkat PHD tetapi hakikatnya berapa banyak duit simpanan kita yang ada di bank atau institusi kewangan lain, berapa banyak aset yang telah kita kumpulkan untuk generasi kita, cukupkah sekadar hanya kita sahaja yang senang tetapi generasi pewaris kita masih hidup dengan mengharapkan bantuan belas ihsan orang?
Di Malaysia sahaja berapa banyak universiti-universiti yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan hasil out come nya para pelajar lulusan universiti tersebut kerja lari bidang? Dan pernahkah kita terfikir yang sebenarnya pihak-pihak universiti tersebut membuat keuntungan melalui pinjaman pelajaran yang dikenankan kepada kita?
Dah tu dimana relevansinya "Nak, belajar sungguh-sungguh, nanti boleh masuk universiti, dapat pekerjaan tetap" itu lagi???
Adilkah kita hari ini benci kepada kaum cina yang buat income berjuta-juta di bumi Malaysia sedangkan kita masih mendidik generasi kita makan gaji dan menanamkan sifat takut kepada kegagalan berbisnes??? Sedangkan ibu segala kejayaan bagi seseorang usahawan adalah KEGAGALAN!!! Ke bangsa Cina lahir lahir terus kaya??
Aku pernah 4 bulan dulu bergelar guru selama 8 tahun kepada budak sijil MQA dan amatlah sedih setiap kali bila buat kajian selepas tamat belajar, hanya 1% yang bekerja dibidang yang dipelajari, ada yang sambung belajar dan malangnya ada yang kerja lari bidang seperti kerja-kerja dipasaraya harian. Bayangkan waktu menuntut ilmu selama 1 tahun setengah, macam-macam dugaan para pelajar ini tempuhi dan alangkah sedihnya pengakhirannya memilih untuk kerja sama seperti lulusan SPM kerja, tidakkah membazir usia, tenaga dan ilmu? Kalau waktu presentatasi akhir aku cukup berbangga kerana hasil didikan aku mereka berjaya membuat hasil kerja yang cukup cemerlang tetapi selepas tamat belajar mereka memilih kerja pasaraya. Bukan menghina pekerjaan mereka tetapi you ain't got what you deserve!!
Kalau aku bersifat pentingkan diri hari ini, lantak kaulah nak jadi apa, bulan-bulan gaji aku masuk, pencen sudah pasti aku dapat, tapi jauh di sudut hati aku baiklah aku memilih bidang bisnes yang mana pahit maung aku harungi hari ini, saat ini, dapat aku mengajar dan melahirkan lebih ramai lagi usahawan untuk terus kaya dan berjaya.
Sebenarnya hari ini, aku sudah menyelesaikan 3 bisnes yang kalau satu sahaja meletup pun sudah makan tak habis, tapi belum mendapat keizinan daripada Allah S.W.T. Allah masih ingin menguji aku sebagai seorang hamba yang cukup hina. Ujian terbesar baru-baru ini salah satu projek bisnes aku, kawan aku sendiri yang cantas tetapi itu semua resam dalam hidup aku, ujian aku, sebab walaupun masih tinggal dua lagi bisnes yang ada,dah aku kata salah satu meletup pun, makan tak habis dah... dan aku percaya semua berlaku mengikut kehendakMu ya Allah, tuhan yang maha Esa, yang maha mentadbir alam dengan penuh bijaksana, yang maha mengetahui apa yang berlaku di masa hadapan atau di masa lampau....jadi aku selaku hamba cuma perlu berdoa sahaja selepas hampir 95% kerja aku telah laksanakan.
Sebelum aku mengundur diri, aku bagi situasi antara bangsa cina dan melayu dan ini betul betul seperi apa yang kawan cina aku cerita
Amin dan Ah Keong masing masing berusia 18 tahun, Amin sambung belajar manakala Ah Keong belajar pomen kenderaan syarikat milik bapanya,
Selepas yakin dan berpuas hati dengan ilmu yang ada pada Ah Keong selama 5 tahun, si bapa suruh majukan lagi perusahaan miliknya. Ah Keong menjadi tuan empunya syarikat dengan penuh ilmu dan pengalaman di dada.
Cukup 6 tahun, Amin tamat pengajian di universiti dalam bidang mekanik kereta dan memerlukan kerja. Sebagai seorang sahabat, Ah Keong menerima Amin bekerja dengan bayaran gaji RM 3000.00 sebulan.Masa yang sama Ah Keong ada 3 orang lagi pekerja selain Amin.
Gaji Amin sebanyak RM 3000.00 sebulan adalah bersamaan sehari kerja Ah Keong. Dalam hal ini masihkah menyalahkan bangsa lain jika bangsa lain kaya? Atau nak cerita sama melayu. Nah saya kongsikan.
Renungkan.Terima kasih.
No comments:
Post a Comment