Tuesday, 1 July 2014

KETAATAN ISTERI TERBATAS

KETAATAN ISTERI TERBATAS....DIA HANYA MANUSIA BIASA

Di satu pedalaman hutan belantara yang tebal terdapat pokok-pokok getah mengelilingi sebuah rumah usang yang cukup menyayat hati. Di sinilah bermula sebuah kisah duka.




Terdapat sepasang suami isteri berbangsa India yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan dikurniakan seorang anak yang berumur lingkungan 7 tahun. Di awal perkahwinan sehingga mencecah usia 10 tahun perkahwinan mereka, balasan sang isteri cumalah sepakan padu maut, tamparan halilintar mencecah bumi, tumbukan padu maut, dan macam macam skill lagi si suami buat kepada isterinya, Dari usia si anak sebesar tapak tangan sehingga sudah masuk darjah 1, itulah kerja part time si suami di samping kerja tetapnya sebagai penoreh getah yang amatur. Ya. Amatur. Walaupun sudah bekerja sekian lama, masih lagi tiada penambahbaikan dalam kerja. Tiada istilah esok lebih baik dari hari ini di kamus suaminya, Padanya setiap hari adalah hari hari yang berlalu pergi

Jika orang Terengganu menggelarkan si suaminya itu bolok wok serok, istilah yang sesuai untuk di penang adalah buat teruk boleh.....Setiap hari buka mata, terajang bini, makan sarapan bini buat, pergi kerja naik basikal, toreh getah, mabuk samsu dua tiga tempayan, pengsan, sedar, balik umah, tendang bini, cek periuk, makan nasi dalam periuk, tampar bini, tendang anak, maki hamun, penat, tidur.....umpama si suami memang sudah diset dalam kehidupan dia. Kalau perkara yang melibatkan dolumentasim, bahasa cerdik pandainya untuk seragam adalah ISO (Inernational Standard Organisation), kalau perkara yang melibatkan penggunaan mesin, bahasa cerdik pandainya adalah SOP (Standard Operating Prosedur)....dan itulah pekerjaan hari hari si suami....

Si isteri merupakan isteri yang cukup patuh dan taat, segala keperluan pakai si suami dijaga rapi dari segenap inci walaupun dilayan seperti alat punching bag. Baginya hanyalah suaminya di hati, Selain anak dan suami, di sudah tiada siapa siapa di dunia ini, kedua ibu bapanya telah lama pergi. Ketaatan sang isteri memang tiada tolok bandingnya,w alaupun saban hari mukanya kebi biruan lebam.

Si anak memang terlalu nakal tetapi pada masa yang sama terlalu fobia dengan bapanya sendiri. Rekod mencatatkan pernah sembunyi dalam kain ibunya sendiri ketika mendengar bapanya batuk. Tidak dapat dikenalpasti sama ada waktu itu si ibunya memakai spender ataupun tidak.

Pada suatu petang, sedang si ibu meriba si anaknya sambil mengusap ngusap rambut anaknya mencari kutu, anaknya bertanya " Ama, mengapa ibu masih boleh bertahan dengan daddy walaupun daddy kejam?"

Si ibu tersenyum penuh maknya " Dialah satu satunya pelindung kita nak, Dia umpama dewa nak. Mami yakin daddy kamu akan berubah suatu hari nanti, kita doakan ajela"

Si anak malas bertanya lebih, letih kerana si ibu selalu back up si ayahnya walaupun di tahu si ayahnya perangai bukan macam manusia...

Pada petang itu, PANG!!! pinggan percuma beli sabun Daiya pecah. Timing waktu itu cukup canteek lantaran si suami baru pulang dari kerja akibat kepenatan dan............ PANG PANG PANG PANG PANG PANG DESHUM DESHUM DESHUM PANG PANG TOTAL COMBO 183 hits jugakla singgah di seluruh pelusuk anggota badan si isteri.

"KAU MEMANG NAK MAMPOSS DENGAN AKU KE HA?? PANG PANG ....HOI PEREMPUAN SIAL!!! DUIT AKU BELI DENGAN MAIN KUTU TU KAU TAHU TAK?? DESHUM DESHUM ... TU PUN GILIRAN AKU YANG KE DUA BELAS!!! DASAR TAK GUNA!!! KAU NI LEBIH BAIK MAMPOSS DARI MENYUSAHKAN AKULAH!!! AKU BALIK KERJA PENAT PENAT,,,NAK CARI KETENANGAN ABADI, KAU PULAK BUAT DAJJEI MACAM NI??!!!

"AYOO ABANG, AYOO MACHA, MANYAK SORRYLA ABANG, SAYANG JANJI TAK BUAT LAGI, AUCH AUCH AMAA AUCH AUCH" berkata si isteri memohon seribu kemaafan...

"KAU TAK LAYAK MENJADI ISTERI AKULAH!!! KAU LAYAK PERGI MAPOSSLA SETAN!!! PANG PANG....selepas total hits kombo suaminya mencecah 183, si suami blah dalam keadaan terhuyung hayang pergi mencari kawan kawan untuk mabuuuuuukkk lagiii.....

KEESOKAN  HARI....

SATU MINGGU...

DUA MINGGU....

DUA MINGGU TIGA HARI....KEMUDIAN...

Si suami balik ke rumah, dekat dekat nak sampai ke rumah dari jauh dia melihat si anak duduk menangis dalam keadaan terduduk di luar rumah....

"PEREMPUAN SIAL!!! TAK PANDAI JAGA ANAK!!! HOI TAMBI, MANA IBU KAU??!!!

Sambil mata si anak masih tertunduk, ditunjukkan arah di mana ibunya,

Di dalam rumah, keadaan rumah sudah macam selepas tsunami melanda dengan bau yang amat busuk sekali...bertambah marahla si suami dan bertambah cacian dari jauh boleh didengari...

TETAPI TIBA-TIBA TERDIAM, TERGAMAM

Sekujur tubuh kebiru-biruan sedang tergantung dalam keadaan mata terbuntang, lidah terjelir sejengkal dan patah tengkuk berlilit di kipas di dalam bilik yang dirasakan sudah 2 hari kejadian berlaku...

Bagaikan satu halilintar memanah tubuh si suami dan dengan tiba tiba buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, air mata penyesalan seorang jantan pemarah, pemabuk, pendengus, pemaki...mengalir lebat terus menyusuri pipinya...

"AYO MY DARLING, COME BACK TO ME, I'M SORRY DEAR, I'M REALLY REALLY SORRY DARLING, COME BACK DEAR...COME BACK...PLEASE, I BEG YOU, I LOVE YOU!!!" berspeaking si suami sambil menggoncang goncang kaki yang paras badannya dan merayu rayu supaya si isterinya kembali...namun yang pergi memang tidak akan kembali.

---------------------------END------------------------------------------------

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata, tetapi cuba kita fikirkan sama sama.Apa mesej yang hendak disampaikan??

Di saat orang tua kita masih hidup, waktu kita diusia remaja, segala apa yang diorang beri apa yang balas?? melalui lawan cakap, lawan perkataan...kononya kita betul dalam banyak hal, orang tua dah melewati zaman kita, tidak tahu apa-apa. yelah kita di zaman IT, zaman Iphone 5 tapi diorang nak kenal email pun tak tahu...tetapi mereka tetap sabar dengan kerenah kita. Kalau ada yang masih tinggal dirumah family, nasi tetap ada untuk dihidangkan.

Tapi pernahkah kita sedar, kalau boleh dibalikkan waktu seperti cerita 'CLICK' betapa bangganya orang tua kita dulu-dulu mendengar tangisan pertama kita? lebih-lebih lagi kita anak sulung?? lebih-lebih lagi setelah 10 tahun usia perkahwinan mereka baru kita dilahirkan??

Bagaimana mereka melayan kerenah kita? Bagaimana mereka bersabar dengan telatah kita yang nakal pada waktu itu...yang tak tahu apa apa?

Bayangkan si isteri dalam cerita itu adalah keluarga kita dan kita adalah si suami....watak utama dalam cerita itu? Kita melawan mereka dengan suara yang tinggi, kita menidakkan apa sahaja yang mereka nasihatkan? Tetapi mereka tetap bersabar dengan perangai kita, mereka tetap berdoa kepada yang Esa setiap hari, saban malam, untuk melihat kita berjaya...melihat kita tidak tersisih di mata masyarakat.

Tetapi alangkah sedihnya jika kita sedar akan perkara ini di saat mereka sudah pergi meninggalkan kita? Alangkah beruntungnya kepada yang masih memiliki ibu dan ayah kerana tidak semua orang bernasib baik di dunia ini hari ini....maka hargailah mereka, sayangilah mereka seadanya.

Ingatlah satu perkara,

Ayah, 
diusianya sudah lanjut, 
dia teringin untuk berbicara dengan kita (anak lelaki) 
seperti dia melayan kawan-kawan seusianya di kedai kopi. 
Jadi adakanlah waktu untuknya
Bermodalkan secawan teh
Kerana hanya itu perkara yang boleh membahagiakannya, 
Jika diusia itu ayah berkerusi roda,
Luangkanlah masa emasmu untuk membawa dia bersiar-siar di kota dengan kereta panduanmu, 
kerana hanya cara itulah mampu membuat dia tersenyum. 
Tersenyum bangga memilikimu




Ibu,
Diusia sebegitu
Leteran demi leteran sudah sebati dengan jiwanya
Sudah bersemadi dengan emosinya
Bersabarlah duhai anak emas
Kerana pabila letih, 
Tidurlah si mustajab doa itu
Kerana jauh disudut hati
Ibumu sayang akan kamu




Setidak-tidaknya, setiap hari, lima waktu selepas solat, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka, baik buruk mereka, tetap ibu bapa kita...

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts