5 Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
Dalam sesuatu perhubungan bila mana anda sedang bercakap dengan si dia tetapi sikapnya yang mendengar dalam keadaan acuh tidak acuh membuatkan anda bengang....tambah-tambah lagi anda sedang berkongsi cerita tentang masalah sama ada ekonomi,pejabat ataupun peribadi.Opss!!! nanti...jangan sesekali salahkan pasangan anda kerana mungkin sebelum ini anda yang terlalu ego untuk mendengar cerita yang diceritakan si dia. Jadi jangan marah jika dia bersikap sebegitu dikala anda sedang memerlukan perhatian dari si dia.
Di sini saya sediakan beberapa tips dalam menjaga perhubungan melalui belajar bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik.
Renung Matanya
Di saat si dia sedang bercakap, sebaiknya pandang matanya dengan penuh kasih sayang. Fahami isi yang diceritakan dan ini akan membuatkan si dia lebih bersemangat untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana di kala itu si dia merasakan anda wujud untuk mendengar kisahnya.
Berikan Sepenuh Perhatian
Ketika si dia memulakan sesuatu bicara, terus diam dan bagi tumpuan. Hentikan segala perbuatan dan dengar dengan teliti setiap apa yang diperkatakan. Walaupun saat itu anda sedang tertarik dengan sesuatu, jangan sesekali mengubah pandangan. Tidak menjadi satu kerugian jika membuang waktu untuk mendengar cerita darinya
Usah Beri Pendapat
Sememangnya wanita tidak suka sebarang pendapat ketika dia sedang bercakap.Bagi ruang untuk si dia habiskan sesuatu cerita. Andai dia inginkan pandangan dari anda barulah anda komen atau bersuara.Kalau boleh berikan pendapat yang sesuai dengan keadaan. Contohnya sekiranya dia mengadu dia dalam keadaan emosi adalah tidak patut untuk memberi pendapat supaya si dia berubah sikap. Terus mati mood si dia ketika itu atau bahasa pasarnya "potong stim" . Seharusnya suruhlah dia bersabar dan usah fikir yang bukan bukan...sweet kan? tanya Hans Isaac
Berikan Sokongan
Ini bahagian yang agak penting. Sekiranya si dia dalam keadaan marah marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa luahan emosinya. Berikan sokongan bahawa anda sedang memihak kepadanya. Jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarahi itu pula. Ini akan menunjukkan anda sedang tidak menyebelahinya dan menyebabkan si dia bertambah marah. Sekiranya memang salah tindakan si dia itu, pada waktu moodnya tenang barulah anda menegur perbuatan itu.
Diam
Andainya topik yang dimarahi itu ada sangkut paut dengan anda, jangan melawan. Pasang telinga dan mendengar apa sahaja yang ingin dikatakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaan amarahnya. Cara sedemikian boleh menyebabkan si dia cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
5 tips yang dikongsi itu tadi mudah mudahan dapat menambah nilai hubungan anda dan pasangan. terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
BAB 1: SEJARAH DAN PENGENALAN AUTOCAD AutoCAD merupakan salah satu cabang Design Software Engineering berbentuk 2D dan 3D. Software ini...
-
MAKAN KERANG LEPAS TERAWIH Yezaaa, Salam Ramadhan 2014 dan Salam cium tangan muah muah muah kepada semua...entry kali ini aku nak cerita p...
-
As Salam... nama saya Mohd Fadzlee bin Mohd . Hari ini merupakan hari pertama saya berblog selepas sekian lama akaun friendster (agaknya dah...
No comments:
Post a Comment