Sunday, 8 December 2013

Anak Helang dan Anak Ayam : Dongeng Purba 2 (Sambungan)

" Huh, musuh lamaku berani muncul diri yer....akan aku lumat-lumatkan tulang belulangnya dan akan aku ratah-ratah rakus kesemua dagingnya....biar dendam kesumatku ini puas bersama kehancuran daging yang bakal aku lumatkan!!!" berkata si Helang betina yang pada waktu itu sedang berlegar-legar di angkasa raya....

" On your mark, get set, gooooo!!!" kata helang betina tadi dan terus menjuman terbang meluncur ke bawah dengan penuh dendam kesumat dihati...

"Ajis....lariiiii......ajis.....lariii"

Terbantut dan tercekik cacing yang dipatuk si Ajis kerana tiba tiba saudara-maranya menjerit kuat sambil melarikan diri....gegak gempita si anak-anak ayam berlari menyelamatkan diri kerana mengetahui bahaya yang akan tiba tapi tidak si Ajis.....dia boleh buat selamba jer sambil menyambung mematuk cacing cacing yang berada disekitarnya..... 

Sedang si helang betina tadi meluncur dengan kelajuan 450 batu sejam menjunam ke tanah dengan perasaan penuh bengis lantas menyambar si Ajis dengan kakinya dan terbang bersama dia ke udara.....bila sampai di puncak pokok yang tinggi sekali di sekitar itu dia pun melepaskan Ajis.....muka Ajis cuak, bulunya yang hitam bertukar putih...pucat.Inilah kali pertama dia merasai ketakutan dan mungkin kali terakhir dia melihat dunia ini.....

Dan....

"Anakku?"

"Uiks?? what do you mean by that?" Entah bila Ajis belajar bahasa Inggeris pun tak tahulah tetapi kala itu memang terpancut perkataan inggeris di paruhnya....

"Oh, anakku, puas ibu mencari sebiji telur ibu yang jatuh dahulu,sekarang ibu dah lihat betapa besarnya kau sekarang" dengan tidak semena-mena si helang memeluk si Ajis yang masih dalam keadaan takut...

"Hey, kau bukan ibuku...aku dibesarkan oleh emak aku yang berada di bawah,Sesenang hatinya engkau mengaku aku anakmu....banyak cantekkkk!!!"

"Nak, yang dibawah sana bukan ibumu nak, akulah ibumu nak, ibu sejati nak....kalau kau tak percaya aku bawakan kau ke tasik" tanpa sempat si Ajis berkata-kata dia pun diusung oleh si Helang betina itu terbang hingga menemui tasik yang berhampiran.....

"Nah sekarang kamu lihatlah sekarang....lihatlah betapa kamu ini memiliki ciri ciri helang, dan bukan ayam,,,,paruh mu lebih panjang dari ayam,kepakmu boleh dikibas dan boleh terbang, rupamu tak tumpah seperti helang...."

"Hensem jugak aku ni yer..." sambil membelek belek mukanya sendiri...

"Oh aku ni helang rupanya"

"Ya nak, kau adalah helang hebat nak....kau menguasai menguasai daratan, kau menguasai seluruh lautan dan kau menguasai seluas langit biru......"  

Selepas beberapa purnama belajar bagaimana hendak menjadi helang akhirnya Ajis adalah helang sejati...

Tamatlah sudah kisah si helang dan si ayam ini...

Apa motif yang ingin saya sampaikan di sini ialah kita manusia sebenarnya lebih hebat lagi daripada sang helang yang hanya menguasai seluruh daratan,seluas lautan dan langit biru tetapi mengapa minda kita, jiwa kita dan hati kita menidakkan itu semua dan masih kita bersifat seperti ayam? Sifat ayam yang keluar kais pagi makan pagi kais petang makan petang mencari rezeki, dan berada dalam kelompok yang terkurung? punch card sebelum pukul 8 pagi dan balik lepas pukul 5 petang? Mungkin ada yang tidak boleh terima dengan pendapat ini.....itu standard.....tetapi kenapa kita mesti dikongkong dengan kehidupan sendiri, penjara yang kita bina sendiri untuk diri kita sendiri sedangkan kita sebenarnya HEBAT??? 

Belajarlah menuntut lebih ilmu supaya kita HEBAT SEPERTI ATAU MELEBIHI SANG HELANG dan menjadi SEORANG LUARBIASA HEBAT!!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts