Tuesday, 8 July 2014

WANGIAN SRI PANDAN :MAKAN KERANG LEPAS TERAWIH


Salam Ramadhan tuan-tuan dan puan puan adik kakak sekalian, seperti yang telah dijanjikan, aku akan post lagi mengenai makanan selepas terawih yang agak ringan-ringan apa lagi kalau bukan kerang rebus...

Jadi untuk post kali ini, nak cari still sama iaitu kerang rebus walaupun aku prefer kerang bakar dari kerang rebus, tapi apakan daya....jadi post sebelum ini kedai Pak Mat Ceria jadi hari ni aku post pasal kedai Wangian Sri Pandan, Arked MARA Nibong Tebal, bersebelahan Balai Bomba Nibong Tebal.

Kedai ini sekali tengok tak semeriah kedai Pak Mat Ceria tapi ada advantage tersendiri kedai ni.Pasal tak semeriah, tak seceria Pak Matlah kita dilayan macam raja, macam King!!! Jadi kesempatan yang ada tu aku dan teman-teman sepermakanan suruh setting rebus kerang bagi kering air, pasal kami suka style camtu. Bayangkan kalau kedai tu ramai customer dan tukang pelayan pun tak sempat nak duduk, agak-agak nak layan tak jenis customer yang cerewet mewet macam kami-kami ni?? Jadi kesempatan yang ada kami buat ala ala diva laaa....

Baiklah, kedai ni ada menyajikan makanan ringan seperti kentang goreng, nuggert, kerang rebus dan sotong kangkung.Jadi rate harga adalah seperti berikut:

Harga :

Sotong kangkung RM 8.00 sepinggan (sekor sotong)
Kerang rebus RM 3.00 sepinggan
Nuggert RM 1.00 untuk 3 biji
Kentang Goreng RM 2.00 sepinggan

Waktu Operasi:

Buka sekitar pukul 8.30 malam dan tutup 2.00 pagi

Specialnya kedai ini kerana sepanjang menikmati kehangatan hidangan kerang rebus tu, anda disajikan dengan lagu-lagu jiwang retro THR.Fm dan sesuai untuk kaki-kaki jiwang dan kaki-kaki yang jenis tak suka suasana crowded, inilah tempatnya!!! 

DEK KERANA TERLALU SEDAP, SNAP GAMBAR SELEPAS MAKAN




Lagi best pasal kedai ni ialah, kuah pencicah kerang rebus tuuu...disajikan dengan 2 versi, satu versi kuah lada ditabur dengan debu kacang sementara satu lagi versi kuah kacang perisa serai seakan-akan kuah kacang satay....so tasty, so yummy, soooo dealicious, aum....aum
KUAH KACANG PERISA SERAI MACAM KUAH SATAY

KUAH LADA YANG DITABUR DEBUAN KACANG, AGAK PEDAS-PEDAS MANIS CAMTU

 Jadi kesimpulannya kedai ni pun akan jadi salah satu port lepak di malam hari selepas menunaikan solat terawih....pasal jadiii. So itu saja, next time perkongsian lagi indah kot.

Terima Kasih.

 
 

Sunday, 6 July 2014

PAK MAT CERIA : MAKAN KERANG LEPAS TERAWIH

MAKAN KERANG LEPAS TERAWIH

Yezaaa, Salam Ramadhan 2014 dan Salam cium tangan muah muah muah kepada semua...entry kali ini aku nak cerita pasal aktiviti yang dibuat selepas tamat menunaikan solat sunat terawih....ketika perut bergelora, dahaga naik ke tengkuk, kenyang selepas juadah berbuka puasa, apa lagi mencari makanan ringanla cerita dia....

Nak lagi style, sepanjang aku duduk di sempadan daerah segi tiga emas negeri ni,

sempadan Kedah- Bandar Bharu
sempadan Penang- Nibong Tebal (Mak ang beranak tang mana???)
sempadan Perak- Parit Buntar

rata-rata setiap kali time posa, dah macam satu kewajipan yang meriah selepas terawih, makan makanan yang ringan macam kerang rebus, sotong kangkung dan spesis anok beranok kerang.... bukan nak katala, aku duduk sini dari tahun 2006 sampai sekarang dan sekarang yakni tahun ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan tatkala ribut petir sambar menyambar berebut orang buka kedai kerang rebus ni, dah macam trendy oooo - )

Jadi aku pun tak terlepas peluang nak jengah-jengah lepas terawih makan makanan ringan macam ini....hehehe...so apa lagi, aku pun pergila ke kedai area parit buntar, lokasinya dekat pekan lama, siapa lagi kalau bukan PAK MAT CERIA....

Dekat Pak Mat tahun ni dah naik 50 sen sepinggan menjadikan rate harga pasaran sepinggan RM 3.50 dan untuk hidangan 4 orang digalakkan ambil yang RM 10.00 sepinggan. Keenakan kerang Pak Mat ni terletak pada kuah kacang dia.....memang superbbb dan double thumbs up!!!! 

Waktu operasi pulak dari pukul 8.30 malam macam tu sampai 2 pagi. Digalakkan kalau nak dapatkan suasana tenang kat sini datangla area-area pukul 11.30 malam, pasal kalau datang pukul 9.00 malam kami gerenntiii tak puas ati!!!! yela mana nak puas hati kalau nak parking tempat pun dah sesah, nak pilih meja pun satu hal, nak tunggu order datang pun satu haru, nak tunggu kerang sampai pun satu macam angin, jadi kesimpulannya nak datang sini better pukul 11.30 ke atas, tak caya statement ni bole datang pukul 9 jugak.....

KUAH KACANG YANG JADIII NGATT

YANG NI SET RM10.00 UNTUK 4 ORANG MAKAN

www.mofadzreach.blogspot.com
KEBERSIHAN KERANG DIJAGA,  BERSIH JEE

Harga tahun 2014

RM 3.50 untuk 2 orang atau 1 orang
RM 10.00 untuk 4 orang atau 3 orang

Waktu operasi

Mula pukul 8.30 malam tutup sekitar 2 pagi
Hari tutup lupa nak tanya, agak-agak kedai gelap pusing balik ler


DATANG PUKUL 10.00 TENGOK SENDIR SUASANA

SUASANA DALAM KEDAI

MASIH LAGI SUASANA DALAM KEDAI

Dan dek kerana lapar yang membuak-buak, satu pinggan lagiiiii

YANG NI HADIR SELEPAS YANG BELAKANG TU SETELLL

 Selain daripada kerang, kepah jugak ada dijual disini, dan tak lupa juga mee kuah, mee sup dan laksa untuk sajian lepas terawih ni...so esok nak try tempat lain pulak.....hehehe

Terima kasih.

Wednesday, 2 July 2014

INI KISAH DURIAN

INI KISAH DURIAN


Sebut sahaja durian, siapa yang tak kenal dengan gelaran raja buah ni? Dengan warna kuning, ada yang merah isinya, dan macam-macam panggilan untuk istilah sang raja buah ini

Aku bukan nak cerita pasal kehebatan buah durian ini, semua orang dah tahu tapi aku cuma nak story bagaimana kegigihan orang sanggup bersabar menahan duri malahan ada yang terluka tangan ketika mengopek kulit durian ini semata-mata mahu menikmati isinya.


Ruyung


Jika perumpamaan jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, istilah ruyung sendiri pun kalangan masyarakat kita masih tidak kenal apa sebenarnya ruyung itu tapi kalau sebut kalau tidak sanggup membelah isi durian, manakan dapat merasa isinya aku rasa istilah itu lebih dekat dengan masyarakat. Pasal siapa yang tak kenal durian, kalau musim durian, berlonggok-longgok orang sanggup beli. 

Sebab nak buka durian cukup payah, sama halnya dengan nak pecahkan ruyung, dan moralnya adalah bab kata bidalan arab man jadda wa jada, siapa berusaha dia berjaya.Tapi nak dibandingkan durian dengan ruyung, ruyung tu spesis pokok macam pokok balak jugakla, keras lagi berbanding durian yang cuma berduri jer. Jadi nak dapatkan sagu dalam pokok ruyung lagi mencabar la dari nak mengopek durian.

Berbalik pada durian, alangkah harunya perasaan kita bila lepas kopek tu buah di dalam tu buruk, buah di dalam tu rasa masam, keras, orang utara cakap mangkak. Waktu aku umur belasan tahun dulu, pernah abang sepupu aku sebelum buka durian itu, cuma tepuk dengan pisau jer dan ada yang cuma bau sahaja durian untuk memastikan kandungan isi durian itu elok atau tidak. Itu salah satu ilmu. Orang yang kurang berilmu, pakat redah jer buka durian dan berserah kalau durian tu elok, makan, tak elok, pasrah, buang. 

Kalau kita peminat durian tapi ilmu buah tidak tahu, kita beli selonggok,selonggok 10 biji durian, yang betul elok cuma dua, yang baki cuma kena kencing dengan peraih pasal kita tiada ilmu. Berbanding dengan orang yang tahu pasal memilih durian, nampak mereka ni cerewet tapi diakhirnya 10 biji semua elok untuk dimakan. Duit yang keluar dari poket kita pun rasa seronok.

Jadi disini aku kongsikan beberapa petua dalam membeli atau memilih buah durian, hanya melalui deria utama yang kita ada sahaja.

1. Tenung Durinya Tajam -Tajam

Cari atau pilih duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana ikut pengalaman lepas-lepas, model jenis macam ni memiliki isi yang baguih, kering dan manis. Tambahan pula yang tumpul tu la senang nak dikopek.

2. Perhatikan Bentuk Buah

Kalau durian itu memiliki bentuk yang unik dan tidak bulat biasanya kalau ikut track rekod lepas-lepas buah ni jadiii....dengan isi yang tebal, manis dan berbiji kecil.

3. Sniff, Sniff atau Hidu Baunya

Durian yang sudah baligh atau matang akan mengeluarkan bau atau aroma yang kuat dan harum semerbak. Jadi kalau hendak membeli durian, ambil baunya dengan cara rapatkan duri ke hidung anda dan sniff satu kali. Kalau tak berbau, durian tu masih level juvana lagi atau belum mumaiyiz lagi, tak pun kalau tempoh matang pun bukan matang dari pokok, mungkin diperam...kalau dapat yang diperam ikut pengalaman lepas-lepas tak berapa segar dan isi serta rasanya tak berapa berlemak. Awas, jangan lakukan hiduan ini jika hidung anda dalam keadaan resdung yang teruk, selsema atau lebih teruk tiada hidung langsung.
4. Pastikan Kulitnya Tiada Kecacatan
Nak awek pun kalau boleh kulit yang halus mulus, usah ke nak makan durian..Jadi pastikan kulit luarnya yang berduri tu tak cacat, maksud tak cacat tu bukanlah duri berbentuk kawad atau berbentuk gergaji, maksudnya tak pecah pada hujungnya,tiada lubang kerana faktor ini boleh menyebabkan isi durian di dalam menjadi busuk,berair, becak dan lagi haru mengeluarkan bau yang orang utara cakap kernnnn.
5. Goncang Doluu, Ingat Apa? Susu Kotak Je Kene Goncang Dulu?
Tips terakhir adalah dengan menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil dari dalam buah.. BRRRRR....Caranya ialah letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Anggaran sakit pakaila sarung tangan.Goncang buah dengan penuh kasih sayang. Jika anggaran dapat rasa getaran brrr kecil ini makna kata isi buah kering dan matang atau orang ganu cakap jadiii ngatt aterr!!!  Hal ini kerana kalau difikirkan logik pun kalau goncang, isi kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut. Anggaran diri tu rasa pekak atau ada masalah kalau orang berbisik pun tak dengar, suruhla orang lain buatkan kerana kalau buat jugak, sampai kering terus atau mungkin reput terus isi dalam masih tak dengar lagi.
Jadi, kongklusinya, sebelum pilih durian, lakukan perkara-perkara pancaindera di atas seperti tenung, dengar, rasa, sentuhan dan hidu. Jadi buat apapun mesti berilmu, tiada ilmu hari ini, cari dan pasti kita akan dapat jugak akhirnya
Terima kasih



Tuesday, 1 July 2014

2 Julai 2014

Tanggal 2 Julai...Sesudah 3 bulan

Hari ni genaplah 3 bulan aku,seorang yang bergelar penganggur, kerana kehidupanku kais sudah makin kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Pada saat ini hari ini, 

  • Bil internet aku sudah menunggu masa untuk dihentikan tempoh, sebulan lepas aku sudah jelaskan RM 200.00 dan masih ada baki tertunggak dan sekarang pun dah start nak kacau kacau
  • Bil telefon pun sudah tinggal 8 hari je lagi baki untuk aku terus berhubung, bayangkan bil sebelum ini berharga RM 230.85 dan minggu lepas aku sudah bayar RM 150.00. Tap tap hari ni dapat mesej kene bayar baki dalam RM 80.00 dan tempoh diberi cuma 8 hari lagi iaitu 13 haribulan kerana cycle aku adalah setiap 13 haribulan setiap bulan
  • Bil kad kredit yang dah limit RM 4000.00 dan sudah mintak bayaran dan masuk bulan ni mungkin sudah 3 bulan kot..hehehe
  • Bil sewa rumah berjumlah RM150.00 bulan ni masih belum langsai, satu rumah 3 orang termasuk aku, campur dengan bil api dan bil air sekali
  • Bayaran balik pinjaman Yayasan berjumlah RM 150.00 sudah pun miss bulan lepas dan dah nak masuk bulan Julai ni...
  • Itu sahaja...
Fikir-fikir balik agak sengal jugak aku yer ...yerla, bergaji gomen, tetap dan berpencen, alih alih senang senang je chow walaupun bukan secara official lagi (cuti tanpa gaji je sekarang ni)

Ada mulut-mulut orang cakap, patut kijer dulu baru fokus bisnes, patut dah established baru la resign,patut plan dulu sebelum fikir nak berhenti,patut....patut...bla bla bla....sorry cakapla...tu bagi aku cakap orang takut dalam meniti hidup sendiri sebagai seorang pejuang....kerana mental aku sekarang dah diset sebagai orang yang berani hadapi risiko. Bukan orang makan gaji.

YES!!

Hari ini kat atas tu antara hutang-hutang yang perlu aku jelaskan setiap bulan hingga cukup haul. Dan sekarang keadaan aku dah macam cacing kepanasan kerana sendiri gali lubang kubur...hahaha...

Siapa kat sini mencintai Rasulullah S.A.W??? Pasti semua orang angkat tangan, semua umat islam mengaku bahawa dia antara pengikut baginda, mengamalkan sunnah baginda, alih alih cari kerja makan gaji kerana takut cabaran dunia hari ini, tak kerja dipandang hina, dipandang jijik....duk takut sangat dengan tekanan orang sekeliling,orang sekeliling kia ni mati jer baru buleh tutup mulut, boleh diam....lagi tak mati lagi tu la bercakap, kot mana pun nak rasa beban tu diri sendiri, nak rasa kemanisan tu diri sendiri.

Salah satu sunnah Baginda adalah meniaga, dan sebelum aktiviti penyebaran Islam bermula baginda berniaga sejak di awal usia yang sebegitu muda.....3 tahun diajar mengembala kambing dan usia 12 tahun sudah mula berniaga kerana baginda diangkat menjadi nabi dan rasul ketika berumur 40 tahun (correct me if i'm wrong)

Ketika baginda berusia 25 tahun, waktu itu baginda sudah menjadi saudagar yang kaya raya dan dek kerana kekayaan bagindalah si janda Siti Khadijah binti Khuwalid dikahwininya, janda kaya raya jugak...senang cerita kalau waktu sekarang takkan Nora Danish, janda top tu nak kawin dengan pak guard jaga TESCO, mestilah cari teman segagan jugak buat peneman hidup.

Jadi rupanya aku selama dari kecil sudah tersalah didikan ilmu..

"Kalau kita hendak berjaya, kita mesti belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading"

Maaf cakap, ayat itu sebenarnya ayat yang menghancurkan generasi kita sendiri kerana banyak keburukkan dari kebaikan.

KENAPA AKU PERLU BERKATA BEGITU??

Sejarah telah membuktikan, 




  • Billionaire Tao Kae Noi yang barangnya ada di merata-rata 7 eleven seluruh dunia hari ini skip kelas walaupun harapan kedua ibu bapanya nak melihat dia memiliki segulung ijazah. Kisah perit maung hidup bergelar billionaire ada dalam cerita the billionaire
  • Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ,keturunan yahudi, skip jugak kelas waktu menuntut di Universiti Harvard dan masih boleh jadi kaya raya hingga tahap billionaire dan ceritanya ada didedikasikan dalam The Social Network

  • Pengasas Microsoft, Bill Gates, budak yang tidak habis belajar di Universiti Harvard pun sampai sekarang masih hidup senang lenang
Cukup 3 tokoh itu sahaja sudah cukup membuktikan fakta bahawa pendidikan formal kurang relevansinya pada dunia hari ini. Pangkat tertinggi dalam bidang pendidikan formal adalah level PHD dan berstatus Professor, dan dengan gelaran tertinggi itu rata-rata professor yang ada kebanyakkan bangga dan sombong, malah kalau pelajar menanyakan soalan-soalan yang bodoh baginya, dipandang kerek pelajar itu.Bukannya membantu, malah menghina!!!

Berbeza dengan rata-rata tokoh Businessman yang kaya raya, makin ditanya makin sudi membantu malah ada yang sudi menunjukkan jalan bagaimana hendak menjadi seperti beliau suatu hari nanti..

Dalam dunia hari ini, bukan persoalan siapa berjawatan tetap, siapa makan gaji, siapa kerja swasta, siapa berpangkat degree, siapa berpangkat PHD tetapi hakikatnya berapa banyak duit simpanan kita yang ada di bank atau institusi kewangan lain, berapa banyak aset yang telah kita kumpulkan untuk generasi kita, cukupkah sekadar hanya kita sahaja yang senang tetapi generasi pewaris kita masih hidup dengan mengharapkan bantuan belas ihsan orang?

Di Malaysia sahaja berapa banyak universiti-universiti yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan hasil out come nya para pelajar lulusan universiti tersebut kerja lari bidang? Dan pernahkah kita terfikir yang sebenarnya pihak-pihak universiti tersebut membuat keuntungan melalui pinjaman pelajaran yang dikenankan kepada kita?

Dah tu dimana relevansinya "Nak, belajar sungguh-sungguh, nanti boleh masuk universiti, dapat pekerjaan tetap" itu lagi???

Adilkah kita hari ini benci kepada kaum cina yang buat income berjuta-juta di bumi Malaysia sedangkan kita masih mendidik generasi kita makan gaji dan menanamkan sifat takut kepada kegagalan berbisnes??? Sedangkan ibu segala kejayaan bagi seseorang usahawan adalah KEGAGALAN!!! Ke bangsa Cina lahir lahir terus kaya??

Aku pernah 4 bulan dulu bergelar guru selama 8 tahun kepada budak sijil MQA dan amatlah sedih setiap kali bila buat kajian selepas tamat belajar, hanya 1% yang bekerja dibidang yang dipelajari, ada yang sambung belajar dan malangnya ada yang kerja lari bidang seperti kerja-kerja dipasaraya harian. Bayangkan waktu menuntut ilmu selama 1 tahun setengah, macam-macam dugaan para pelajar ini tempuhi dan alangkah sedihnya pengakhirannya memilih untuk kerja sama seperti lulusan SPM kerja, tidakkah membazir usia, tenaga dan ilmu? Kalau waktu presentatasi akhir aku cukup berbangga kerana hasil didikan aku mereka berjaya membuat hasil kerja yang cukup cemerlang tetapi selepas tamat belajar mereka memilih kerja pasaraya. Bukan menghina pekerjaan mereka tetapi you ain't got what you deserve!!

Kalau aku bersifat pentingkan diri hari ini, lantak kaulah nak jadi apa, bulan-bulan gaji aku masuk, pencen sudah pasti aku dapat, tapi jauh di sudut hati aku baiklah aku memilih bidang bisnes yang mana pahit maung aku harungi hari ini, saat ini, dapat aku mengajar dan melahirkan lebih ramai lagi usahawan untuk terus kaya dan berjaya.

Sebenarnya hari ini, aku sudah menyelesaikan 3 bisnes yang kalau satu sahaja meletup pun sudah makan tak habis, tapi belum mendapat keizinan daripada Allah S.W.T. Allah masih ingin menguji aku sebagai seorang hamba yang cukup hina. Ujian terbesar baru-baru ini salah satu projek bisnes aku, kawan aku sendiri yang cantas tetapi itu semua resam dalam hidup aku, ujian aku, sebab walaupun masih tinggal dua lagi bisnes yang ada,dah aku kata salah satu meletup pun, makan tak habis dah... dan aku percaya semua berlaku mengikut kehendakMu ya Allah, tuhan yang maha Esa, yang maha mentadbir alam dengan penuh bijaksana, yang maha mengetahui apa yang berlaku di masa hadapan atau di masa lampau....jadi aku selaku hamba cuma perlu berdoa sahaja selepas hampir 95% kerja aku telah laksanakan.

Sebelum aku mengundur diri, aku bagi situasi antara bangsa cina dan melayu dan ini betul betul seperi apa yang kawan cina aku cerita

Amin dan Ah Keong masing masing berusia 18 tahun, Amin sambung belajar manakala Ah Keong belajar pomen kenderaan syarikat milik bapanya,

Selepas yakin dan berpuas hati dengan ilmu yang ada pada Ah Keong selama 5 tahun, si bapa suruh majukan lagi perusahaan miliknya. Ah Keong menjadi tuan empunya syarikat dengan penuh ilmu dan pengalaman di dada.

Cukup 6 tahun, Amin tamat pengajian di universiti dalam bidang mekanik kereta dan memerlukan kerja. Sebagai seorang sahabat, Ah Keong menerima Amin bekerja dengan bayaran gaji RM 3000.00 sebulan.Masa yang sama Ah Keong ada 3 orang lagi pekerja selain Amin.

Gaji Amin sebanyak RM 3000.00 sebulan adalah bersamaan sehari kerja Ah Keong. Dalam hal ini masihkah menyalahkan bangsa lain jika bangsa lain kaya? Atau nak cerita sama melayu. Nah saya kongsikan.



Renungkan.Terima kasih.

KETAATAN ISTERI TERBATAS

KETAATAN ISTERI TERBATAS....DIA HANYA MANUSIA BIASA

Di satu pedalaman hutan belantara yang tebal terdapat pokok-pokok getah mengelilingi sebuah rumah usang yang cukup menyayat hati. Di sinilah bermula sebuah kisah duka.




Terdapat sepasang suami isteri berbangsa India yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan dikurniakan seorang anak yang berumur lingkungan 7 tahun. Di awal perkahwinan sehingga mencecah usia 10 tahun perkahwinan mereka, balasan sang isteri cumalah sepakan padu maut, tamparan halilintar mencecah bumi, tumbukan padu maut, dan macam macam skill lagi si suami buat kepada isterinya, Dari usia si anak sebesar tapak tangan sehingga sudah masuk darjah 1, itulah kerja part time si suami di samping kerja tetapnya sebagai penoreh getah yang amatur. Ya. Amatur. Walaupun sudah bekerja sekian lama, masih lagi tiada penambahbaikan dalam kerja. Tiada istilah esok lebih baik dari hari ini di kamus suaminya, Padanya setiap hari adalah hari hari yang berlalu pergi

Jika orang Terengganu menggelarkan si suaminya itu bolok wok serok, istilah yang sesuai untuk di penang adalah buat teruk boleh.....Setiap hari buka mata, terajang bini, makan sarapan bini buat, pergi kerja naik basikal, toreh getah, mabuk samsu dua tiga tempayan, pengsan, sedar, balik umah, tendang bini, cek periuk, makan nasi dalam periuk, tampar bini, tendang anak, maki hamun, penat, tidur.....umpama si suami memang sudah diset dalam kehidupan dia. Kalau perkara yang melibatkan dolumentasim, bahasa cerdik pandainya untuk seragam adalah ISO (Inernational Standard Organisation), kalau perkara yang melibatkan penggunaan mesin, bahasa cerdik pandainya adalah SOP (Standard Operating Prosedur)....dan itulah pekerjaan hari hari si suami....

Si isteri merupakan isteri yang cukup patuh dan taat, segala keperluan pakai si suami dijaga rapi dari segenap inci walaupun dilayan seperti alat punching bag. Baginya hanyalah suaminya di hati, Selain anak dan suami, di sudah tiada siapa siapa di dunia ini, kedua ibu bapanya telah lama pergi. Ketaatan sang isteri memang tiada tolok bandingnya,w alaupun saban hari mukanya kebi biruan lebam.

Si anak memang terlalu nakal tetapi pada masa yang sama terlalu fobia dengan bapanya sendiri. Rekod mencatatkan pernah sembunyi dalam kain ibunya sendiri ketika mendengar bapanya batuk. Tidak dapat dikenalpasti sama ada waktu itu si ibunya memakai spender ataupun tidak.

Pada suatu petang, sedang si ibu meriba si anaknya sambil mengusap ngusap rambut anaknya mencari kutu, anaknya bertanya " Ama, mengapa ibu masih boleh bertahan dengan daddy walaupun daddy kejam?"

Si ibu tersenyum penuh maknya " Dialah satu satunya pelindung kita nak, Dia umpama dewa nak. Mami yakin daddy kamu akan berubah suatu hari nanti, kita doakan ajela"

Si anak malas bertanya lebih, letih kerana si ibu selalu back up si ayahnya walaupun di tahu si ayahnya perangai bukan macam manusia...

Pada petang itu, PANG!!! pinggan percuma beli sabun Daiya pecah. Timing waktu itu cukup canteek lantaran si suami baru pulang dari kerja akibat kepenatan dan............ PANG PANG PANG PANG PANG PANG DESHUM DESHUM DESHUM PANG PANG TOTAL COMBO 183 hits jugakla singgah di seluruh pelusuk anggota badan si isteri.

"KAU MEMANG NAK MAMPOSS DENGAN AKU KE HA?? PANG PANG ....HOI PEREMPUAN SIAL!!! DUIT AKU BELI DENGAN MAIN KUTU TU KAU TAHU TAK?? DESHUM DESHUM ... TU PUN GILIRAN AKU YANG KE DUA BELAS!!! DASAR TAK GUNA!!! KAU NI LEBIH BAIK MAMPOSS DARI MENYUSAHKAN AKULAH!!! AKU BALIK KERJA PENAT PENAT,,,NAK CARI KETENANGAN ABADI, KAU PULAK BUAT DAJJEI MACAM NI??!!!

"AYOO ABANG, AYOO MACHA, MANYAK SORRYLA ABANG, SAYANG JANJI TAK BUAT LAGI, AUCH AUCH AMAA AUCH AUCH" berkata si isteri memohon seribu kemaafan...

"KAU TAK LAYAK MENJADI ISTERI AKULAH!!! KAU LAYAK PERGI MAPOSSLA SETAN!!! PANG PANG....selepas total hits kombo suaminya mencecah 183, si suami blah dalam keadaan terhuyung hayang pergi mencari kawan kawan untuk mabuuuuuukkk lagiii.....

KEESOKAN  HARI....

SATU MINGGU...

DUA MINGGU....

DUA MINGGU TIGA HARI....KEMUDIAN...

Si suami balik ke rumah, dekat dekat nak sampai ke rumah dari jauh dia melihat si anak duduk menangis dalam keadaan terduduk di luar rumah....

"PEREMPUAN SIAL!!! TAK PANDAI JAGA ANAK!!! HOI TAMBI, MANA IBU KAU??!!!

Sambil mata si anak masih tertunduk, ditunjukkan arah di mana ibunya,

Di dalam rumah, keadaan rumah sudah macam selepas tsunami melanda dengan bau yang amat busuk sekali...bertambah marahla si suami dan bertambah cacian dari jauh boleh didengari...

TETAPI TIBA-TIBA TERDIAM, TERGAMAM

Sekujur tubuh kebiru-biruan sedang tergantung dalam keadaan mata terbuntang, lidah terjelir sejengkal dan patah tengkuk berlilit di kipas di dalam bilik yang dirasakan sudah 2 hari kejadian berlaku...

Bagaikan satu halilintar memanah tubuh si suami dan dengan tiba tiba buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, air mata penyesalan seorang jantan pemarah, pemabuk, pendengus, pemaki...mengalir lebat terus menyusuri pipinya...

"AYO MY DARLING, COME BACK TO ME, I'M SORRY DEAR, I'M REALLY REALLY SORRY DARLING, COME BACK DEAR...COME BACK...PLEASE, I BEG YOU, I LOVE YOU!!!" berspeaking si suami sambil menggoncang goncang kaki yang paras badannya dan merayu rayu supaya si isterinya kembali...namun yang pergi memang tidak akan kembali.

---------------------------END------------------------------------------------

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata, tetapi cuba kita fikirkan sama sama.Apa mesej yang hendak disampaikan??

Di saat orang tua kita masih hidup, waktu kita diusia remaja, segala apa yang diorang beri apa yang balas?? melalui lawan cakap, lawan perkataan...kononya kita betul dalam banyak hal, orang tua dah melewati zaman kita, tidak tahu apa-apa. yelah kita di zaman IT, zaman Iphone 5 tapi diorang nak kenal email pun tak tahu...tetapi mereka tetap sabar dengan kerenah kita. Kalau ada yang masih tinggal dirumah family, nasi tetap ada untuk dihidangkan.

Tapi pernahkah kita sedar, kalau boleh dibalikkan waktu seperti cerita 'CLICK' betapa bangganya orang tua kita dulu-dulu mendengar tangisan pertama kita? lebih-lebih lagi kita anak sulung?? lebih-lebih lagi setelah 10 tahun usia perkahwinan mereka baru kita dilahirkan??

Bagaimana mereka melayan kerenah kita? Bagaimana mereka bersabar dengan telatah kita yang nakal pada waktu itu...yang tak tahu apa apa?

Bayangkan si isteri dalam cerita itu adalah keluarga kita dan kita adalah si suami....watak utama dalam cerita itu? Kita melawan mereka dengan suara yang tinggi, kita menidakkan apa sahaja yang mereka nasihatkan? Tetapi mereka tetap bersabar dengan perangai kita, mereka tetap berdoa kepada yang Esa setiap hari, saban malam, untuk melihat kita berjaya...melihat kita tidak tersisih di mata masyarakat.

Tetapi alangkah sedihnya jika kita sedar akan perkara ini di saat mereka sudah pergi meninggalkan kita? Alangkah beruntungnya kepada yang masih memiliki ibu dan ayah kerana tidak semua orang bernasib baik di dunia ini hari ini....maka hargailah mereka, sayangilah mereka seadanya.

Ingatlah satu perkara,

Ayah, 
diusianya sudah lanjut, 
dia teringin untuk berbicara dengan kita (anak lelaki) 
seperti dia melayan kawan-kawan seusianya di kedai kopi. 
Jadi adakanlah waktu untuknya
Bermodalkan secawan teh
Kerana hanya itu perkara yang boleh membahagiakannya, 
Jika diusia itu ayah berkerusi roda,
Luangkanlah masa emasmu untuk membawa dia bersiar-siar di kota dengan kereta panduanmu, 
kerana hanya cara itulah mampu membuat dia tersenyum. 
Tersenyum bangga memilikimu




Ibu,
Diusia sebegitu
Leteran demi leteran sudah sebati dengan jiwanya
Sudah bersemadi dengan emosinya
Bersabarlah duhai anak emas
Kerana pabila letih, 
Tidurlah si mustajab doa itu
Kerana jauh disudut hati
Ibumu sayang akan kamu




Setidak-tidaknya, setiap hari, lima waktu selepas solat, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka, baik buruk mereka, tetap ibu bapa kita...

Terima kasih.



ZAITON CERITAKU : REVIEW

Selamat pagi semua...tak kira la malam ke siang ke petang ke lepas maghrib ker tapi sengaja saya ucapkan selamat pagi kerana pada waktu pagi kita tentu bersemangat.tak gitu?

Akak Eton Anak Meon



Okaylah...entry kali ini saya nak berkongsi review cerita pasal Zaiton:Ceritaku. Mungkin agak terlewat kerana cerita ini dah lama kuar wayang...release November 2012 sekarang dah nak tengah tahun 2014 dah...hahahahha....tu pun pasal aku tengok kat ASTRO WARNA....tapi takpe...pengarah citer ni Esma Daniel melalui produksi Bruang Film Sdn. Bhd. dan ini merupakan cerita pertama karya beliau.
Pengarah Yang Perlu Diberi Pujian

Malangnya, cerita ini tidak mendapat sambutan dari peminat-peminat tempatan. Antara sebab yang saya rasakan ialah :

1) Diva legend "Zaiton Sameon" ni hidup zaman kaset. Bukan macam sekarang. Kot Youtube pun dah boleh jadi artis.

2) Orang tak kenal siapa kak Eton ni....yela...dah tahun 2014 kan....remaja yang umur 18 tahun sekarang pun dah lahir tahun 1995.....

3) Skeptikal mengenai cerita melayu yang masih menebal. Asal cerita melayu orang cop boring...kadang-kadang pengarah filem blockbuster macam James Cameron (Titanic,Avatar) pun boleh buat citer sampah inikan pula pengarah melayu kita...

So 3 sebab tadi pun dah confirm menyebabkan filem ini kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tapi saya salute ngan tuan direktor tu pasal boleh buat cerita almost 99% sama ngan kisah hidup kak eton ni.


Sedih Aku Pedih

Pasal apa aku beri pujian kepada cerita ini adalah disebabkan kesediaan Zaiton Sameon sendiri membuka cerita kisah peribadi hidupnya sendiri yang penuh ranjau. Boleh mengalir air mata camtu jer.
Aku Yang Dolu Bukanlah Yang Sekarang

Cerita itu bermula dengan selepas habis show, dia dan anaknya, Azirwan Abu Bakar atau nama manja Irwan  hendak berjumpa dengan suaminya.Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba van yang dinaiki mereka dilanggar lori. Lokasi tempat pelanggaran tu ada yang cakap di Jalan Kuala Lumpur -Ipoh dekat Batang kali ada yang cakap dekat Kuala Ketil tapi yang pastinya beliau kemalangan dan mengakibatkan kecederaan teruk di kepala.Lebih malang lagi anak tunggalnya meninggal di tempat kejadian. 83 hari berada dalam keadaan koma di Hospital Besar Kuala Lumpur di wad ICU dan wad 6A dan boleh dibenarkan pulang pada 14 Mei 1990.

Beliau pulang dalam keadaan tidak siuman.Tidak kenal orang disekeliling termasuk kedua ibu bapa dan adik beradiknya. Sehingga kematian ibunya yang tergelincir di dalam bilik mandi ketika memandikan dia pun dia tak perasan.Lepas tu adiknya,Syamsul yang bersusah payah memberi semangat untuk dia berjalan kerana selepas pulih dari koma tu,selain kepala, kakinya turut cedera.

Bila dah ada kaki, makin panjang langkahan beliau.Si Syamsul berjumpa dengan kawan dia, seorang komposer untuk menyuruh kakaknya menyanyi semula tetapi suara Zaiton yang dulu dah tak sama selepas kemalangan tersebut. Hal ini menyebabkan beliau tak dapat menerima kenyataan. Akhirnya beliau lari dari rumah. Dalam keadaan tidak ketahuan dan nyaris dilanggar Akhirnya si pemandu itu, Rahim namanya ambil dan membela beliau dengan bantuan emak dan adiknya.

Minat yang mendalam Zaiton terhadap nyanyian memang tiada tolok bandingnya.Beliau menanyi di serata tempat dan pernah buta buta jer masuk menanyi di majlis pernikahan orang. Ada yang cemuh dan tak lupa yang hargai. Pernah suatu hari beliau menanyi karaoke di kedai makan, tiba-tiba dirisik oleh ahli perniagaan.

Setelah bersetuju, banyak modal yang telah dikeluarkan oleh ahli perniagaan tersebut untuk mengangkat si Zaiton balik ke zaman kegemilangan tapi by the end, gagal dan menyebabkan ahli perniagaan itu muflis teruk.Di saat itu Rahim datang dan membelanya balik.

Rupa-rupanya di saat Zaiton berada di era kegemilangan, di saat kedua orang tua beliau masih bernafas, Zaiton berada di puncak, ketika itulah si merak megah mengembangkan ekornya, melihat semua orang tidak bernilai di matanya.Ibunya boleh dimaki dan dicampakkan wang tanpa rasa bersalah ketika datang untuk meminta sedikit wang, nasihat ayahnya supaya menutup aurat tidak diendahkan.Beliau sendiri mengaku bahawa di zaman kegemilangan beliau, beliau ada mengambil susuk. Tambah menyedihkan lagi, di saat kedua orang tua beliau menghembus nafas yang terakhir, beliau tidak sempat untuk meminta maaf dan itulah harga yang terpaksa beliau bayar dalam mengharungi sisa hidup sehingga sekarang.

Moralnya yang hendak disampaikan atau mesej sebenar yang ingin disampaikan dalam cerita ini ialah taatilah dan patuhilah pesanan kedua ibu bapa kita, sentiasa pohon kemaafan kerana kita tidak tahu bila masa mereka akan pergi meninggalkan kita.
  
Apapun lagunya memang feeling abis gitu. 2 lagu kegemaran saya ialah "Menaruh Harapan" dan "Kabut Serangkai Mawar". Kedua-dua lagu ini memang 'berhantu' pada zaman kegemilangannya dan kredit pada Nadia Aqilah Bajuri kerana menjiwai watak kak eton dengan sempurna. 

Selepas cerita ini keluar, dah ramai orang upload zaman-zaman kegemilangan Zaiton Sameon ni di youtube. Dan bagi aku ini cerita sebenar mengenai Zaiton Sameon, mengapa dia menjadi separuh gila sampai sekarang, ada terjawab dalam filem itu.

Apapun dia bagi aku dianggap diva sezaman dengannya. Dan tahniah kepada pengarah kerana mengangkatnya kembali.

Terima kasih.















Popular Posts