INI KISAH DURIAN
Sebut sahaja durian,
siapa yang tak kenal dengan gelaran raja buah ni? Dengan warna kuning, ada yang
merah isinya, dan macam-macam panggilan untuk istilah sang raja buah ini
Aku bukan nak cerita pasal kehebatan buah durian ini, semua orang dah tahu tapi
aku cuma nak story bagaimana kegigihan orang sanggup bersabar menahan duri
malahan ada yang terluka tangan ketika mengopek kulit durian ini semata-mata
mahu menikmati isinya.
Jika perumpamaan jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, istilah ruyung
sendiri pun kalangan masyarakat kita masih tidak kenal apa sebenarnya ruyung
itu tapi kalau sebut kalau tidak sanggup membelah isi durian, manakan dapat
merasa isinya aku rasa istilah itu lebih dekat dengan masyarakat.
Pasal siapa yang tak kenal durian, kalau musim durian, berlonggok-longgok orang
sanggup beli.
Sebab nak buka durian cukup payah, sama halnya dengan nak pecahkan ruyung, dan
moralnya adalah bab kata bidalan arab man jadda wa jada, siapa
berusaha dia berjaya.Tapi nak dibandingkan durian dengan ruyung, ruyung tu
spesis pokok macam pokok balak jugakla, keras lagi berbanding durian yang cuma
berduri jer. Jadi nak dapatkan sagu dalam pokok ruyung lagi mencabar la dari
nak mengopek durian.
Berbalik pada durian, alangkah harunya perasaan kita bila lepas kopek tu buah
di dalam tu buruk, buah di dalam tu rasa masam, keras, orang utara cakap mangkak. Waktu
aku umur belasan tahun dulu, pernah abang sepupu aku sebelum buka durian itu,
cuma tepuk dengan pisau jer dan ada yang cuma bau sahaja durian untuk
memastikan kandungan isi durian itu elok atau tidak. Itu salah satu ilmu. Orang
yang kurang berilmu, pakat redah jer buka durian dan berserah kalau durian tu
elok, makan, tak elok, pasrah, buang.
Kalau kita peminat durian tapi ilmu buah tidak tahu, kita beli
selonggok,selonggok 10 biji durian, yang betul elok cuma dua, yang baki cuma
kena kencing dengan peraih pasal kita tiada ilmu. Berbanding dengan orang yang
tahu pasal memilih durian, nampak mereka ni cerewet tapi diakhirnya 10 biji semua
elok untuk dimakan. Duit yang keluar dari poket kita pun rasa seronok.
Jadi disini aku kongsikan beberapa petua dalam membeli atau memilih buah durian, hanya melalui deria utama yang kita ada sahaja.
1. Tenung Durinya Tajam -Tajam
Cari atau pilih duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana ikut pengalaman lepas-lepas, model jenis macam ni memiliki isi yang baguih, kering dan manis. Tambahan pula yang tumpul tu la senang nak dikopek.
2. Perhatikan Bentuk Buah
Kalau durian itu memiliki bentuk yang unik dan tidak bulat biasanya kalau ikut track rekod lepas-lepas buah ni jadiii....dengan isi yang tebal, manis dan berbiji kecil.
3. Sniff, Sniff atau Hidu Baunya
Durian yang sudah baligh atau matang akan mengeluarkan bau atau aroma yang kuat dan harum semerbak. Jadi kalau hendak membeli durian, ambil baunya dengan cara rapatkan duri ke hidung anda dan sniff satu kali. Kalau tak berbau, durian tu masih level juvana lagi atau belum mumaiyiz lagi, tak pun kalau tempoh matang pun bukan matang dari pokok, mungkin diperam...kalau dapat yang diperam ikut pengalaman lepas-lepas tak berapa segar dan isi serta rasanya tak berapa berlemak. Awas, jangan lakukan hiduan ini jika hidung anda dalam keadaan resdung yang teruk, selsema atau lebih teruk tiada hidung langsung.
4. Pastikan Kulitnya Tiada Kecacatan
Nak awek pun kalau boleh kulit yang halus mulus, usah ke nak makan durian..Jadi pastikan kulit luarnya yang berduri tu tak cacat, maksud tak cacat tu bukanlah duri berbentuk kawad atau berbentuk gergaji, maksudnya tak pecah pada hujungnya,tiada lubang kerana faktor ini boleh menyebabkan isi durian di dalam menjadi busuk,berair, becak dan lagi haru mengeluarkan bau yang orang utara cakap kernnnn.
5. Goncang Doluu, Ingat Apa? Susu Kotak Je Kene Goncang Dulu?
Tips terakhir adalah dengan menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil dari dalam buah.. BRRRRR....Caranya ialah letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Anggaran sakit pakaila sarung tangan.Goncang buah dengan penuh kasih sayang. Jika anggaran dapat rasa getaran brrr kecil ini makna kata isi buah kering dan matang atau orang ganu cakap jadiii ngatt aterr!!! Hal ini kerana kalau difikirkan logik pun kalau goncang, isi kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut. Anggaran diri tu rasa pekak atau ada masalah kalau orang berbisik pun tak dengar, suruhla orang lain buatkan kerana kalau buat jugak, sampai kering terus atau mungkin reput terus isi dalam masih tak dengar lagi.
Jadi, kongklusinya, sebelum pilih durian, lakukan perkara-perkara pancaindera di atas seperti tenung, dengar, rasa, sentuhan dan hidu. Jadi buat apapun mesti berilmu, tiada ilmu hari ini, cari dan
pasti kita akan dapat jugak akhirnya
Terima kasih