Dengan kenaikan kos barang-barang lepas pilihanraya sememangnya dinanti-nantikan. Baru ni petrol naik. Barang sumber naik sudah tentulah barang asas pun naik. Contoh sayur-sayuran dari Cameron Highland. Mana mungkin bahan asas seperti sayur tu datang jatuh dari langit gedebuk kat mata kita. Proses dia mestilah melalui lori yang dihantar ke setiap pasar setiap jam 5 pagi. dari pasar tu lah kita pengguna atau pemborong beli. Lori yang datang pun mestilah diisi minyak petrol. so mahu tidak mahu jika kos minyak naik automatik barang asas naik dan restoran pun akan naikkan harga makanan.
Dari satu sudut mesti kita akan kata kerajaan kejam, tak berhati perut, membebankan rakyat.Tapi bagaimana dengan diri kita dalam menghadapi situasi sebegini? Adakah sama harga nasi lemak tahun 1990 an dengan tahun 2000? dalam tempoh 10 tahun berapa kali kenaikan harga minyak? Adakah kita akan terus mengeluh menyalahkan kerajaan selama-lamanya dengan cara kita duduk diam diam di dalam gua bertafakur? Kehidupan perlu diteruskan.
Lagi-lagi masalah jika kita bukan lagi semulut. Kahwin, dah jadi dua mulut.Ada anak dah jadi tiga mulut.Mana nak hantar ke pengasuh mana nak hantar ke sekolah. Bab kata Hattan semua itu duit, bikin orang belit.DUIT DUIT DIMANA KAU DUIT.
Baru-baru ini aku duduk melepak dengan seorang mamat kaya. Orang putih cakap Money Freedom. Awalnya aku memang tak boleh nak terima pendapat dia pasal orang kaya kalau cakap mesti tinggi. Mesti tak kalah. Tapi lepas lama menyembang baru perlahan lahan aku boleh terima.Kerajaan mana mana pun mesti ada kelemahan dan kelemahan itu yang akan kita guna kepentingan kita.Buat kita counter untuk ubah nasib kita.Itulah katanya. Dalam keadaan blur aku pun terfikir sejenak. Kat mana kelemahan tu. Dia kata kat cukai. Cukai kita masih rendah berbanding dengan negara lain. Contoh aset rumah sekarang adakah akan sama dengan nilai 5 tahun akan datang? Memang takla citer dia dan sememangnya waktu tu dia suruh aku mengetahui lebih dalam mengenai cara membuat aset melalui pelaburan rumah, emas dan saham tetapi malangnya time hari majlis ilmu tu aku tak pergi kerana weekend, AKU SERONOK TIDUR DENGAN NYENAK-SENYENAK-NENYAKYER.Hasilnya aku pun jadi buta ilmu. Dapatlah aku ilmu tidur secukupnya pada hari itu. Bodohnya aku kerana bukan hari-hari orang akan datang nak berkongsi ilmu dengan kita.
Di waktu lain,kawan cina aku pernah cakap kat aku. Dalam persekitaran kita ni, semua orang yang lalu lalang depan kita ni ada duit tetapi bagaimana kita nak buat orang bagi duit tu kat kita tu persoalan utama. Dan pernahkan kita tahu bahawa prinsip cina kalau berniaga mesti rugi dulu baru untung. Kalau diorang setup sebiji kedai, mahu makan modal dalam RM 100, 000.00 ke atas. Untung belum pasti tapi yang penting nilai presentation kita pada orang tu yang penting. Bukan persoalannya ader ke duit kita sampai tara tu? Tapi yang penting pemikiran kita tahap mana. Berapa ramai kontraktor kita yang dapat projek buat longkang pun beli Mercedes AMG tapi untuk buat longkang pun beli barang murah gila.Tu baru kontraktor kelas F, yang kelas A? Kalau tiada masakan stadium boleh runtuh? masjid boleh runtuh?Kunci utamanya ialah nilai pemikiran.Bukan nilai kewangan.
Orang yang selalu mengeluh pasal kewangan ni biasanya golongan pertengahan.Macam macam kaedah yang dibuat supaya membantu ekonomi, suruh bini jual goreng pisang, malam buka kedai nasi lemak, jual rokok elektrik kat kawan kawan, "pow" kontraktor warga asing, jual burger dalam taman tapi hakikatnya kehidupan masih ditakut lama. Bil-bil wajib sentiasa datang bulan-bulan menuntut hak dari kita. Bil- bil sampingan pun apatah lagi. Ansuran rumah? Kereta? tolak tambah ada cukup cukup makan jer....
Satu fakta menarik untuk dikongsi, mana mana pekerja yang gaji di bawah RM 3000.00 ke bawah dianggap miskin bandar. Memang miskin kalau duduk di kota besar seperti Kuala Lumpur, tapi kalau duduk di kampung, memang boleh sangat buat harta.Itu kalau gaji RM 3000.00 ke bawah...,macam mana kalau gaji kurang dari tu? Takkan nak kata miskin hina?
Sebenarnya yang jadi kita insan yang tak bersyukur kerana kita sentiasa diajar tengok di atas dari kita. Dari satu sudut bagus untuk kita terus bersaing tetapi dari sudut kelemahan kita sentiasa tak pernah puas dengan apa yang kita pernah miliki.Sentiasa anggap apa yang ada sekarang pada diri kita tak pernah cukup.Aku sendiri pun begitu. 2-3 tahun lepas aku terlalu mengejar duit dan kebendaan. Siang malam set dalam kepala otak mesti dapat duit tapi by the end of this, kesihatan aku terjejas, darah tinggi, yang paling teruk mata kananku dah diselaputi katraks, duit yang dikejar pun habis ditengah jalan.Itulah harga yang perlu aku bayar untuk mengejar kekayaan ciptaanku.
Selepas disarankan oleh doktor untuk berehat aku ambil masa untuk mengenang kembali apa yang aku kejar selama ini.Punca utamanya ialah ILMU. Nak buat sesuatu perkara tu mesti ada ilmu.Jangan buat sesuatu secara membuta tuli.So aku ambil masa pergi Kuala Lumpur untuk melihat suasana hiruk pikuk di kota.
Di sana aku menemui erti kesyukuran sebenar. Betapa aku masih beruntung dari mereka. Mereka seakan akan sudah putus harap dengan kehidupan. Mungkin ada di antara mereka hidup dalam buangan saudara mara, anak anak.Dengan tidur hanya beralaskan kotak di sisi jejantas, depan-depan bangunan tutup, malah ada yang membina 'rumah' di bawah jambatan.Bila mari pihak untuk hulurkan bantuan macam makanan, diorang makan seumpama macam tiada hari esok.Siang mereka berpeleseran entah kemana fight for their own live.
Sedangkan kita duduk di kampung, masih lagi ada bumbung untuk berteduh dari hujan dan panas, berselimut untuk hilangkan sejuk,ada tilam untuk tidur,masih lagi ada sungai, ada telaga untuk mandi bersihkan diri, masih lagi ada buah-buah dan sayur sayuran yang di tanam di halaman rumah untuk makan. MEREKA? Adakah mereka dapat semua itu di bandar besar KUALA LUMPUR? Masih lagi bersungut dengan diri yang masih MISKIN?
Selain dari tahap pemikiran, kita sebenarnya seakan lupa kepada MAHA PENCIPTA kita. DIA menjadikan kita dan DIA memberi garis panduan kepada kita supaya lari dari belenggu kemiskinan tetapi berapa ramaikah antara kita yang menjadi hambanya yang taat? Berapa ramai antara kita yang dengan megahnya berkata sesungguhnya kekayaan yang aku cipta hasil dari titik peluh aku sendiri?
Di sini ingin aku kongsikan serba sedikit ilmu yang aku tahu untuk menempuhi kehidupan yang mencabar ini selain kewajipan solat 5 waktu kita.
1) DOA
2) SEDEKAH
3) SOLAT SUNAT DHUHA
4) SOLAT TAHAJJUD
5)AMALAM MEMBACA SURAH AL-WAQIAH (SURAH HARI KIAMAT)
6) ZIKRULLAH
7) SELAWAT KE ATAS NABI
1) DOA
Sesungguhnya bila saat kita diuji,tak kira dalam apa jua lapangan, sebenarnya Allah S.W.T ingin mendengar keluhan dari hamba-NYA yang hina merintih sayu meminta doa kerana pada waktu kita dibelenggu masalah, doa kita sebenarnya makbul dan keikhlasan kita sendiri meminta sesuatu doa itu sangat tinggi
2) SEDEKAH
Tidak akan jatuh fakir hamba itu jika beliau bersedekah. Sebenarnya dengan bersedekah, kita sedang membuat pelaburan dengan YANG MAHA KUASA dan harus di ingat,JANJI ALLAH ITU PASTI!!!
3) SOLAT DHUHA
Amalkan solat sunat ini sekurang-kurangnya 6 rakaat 3 kali salam setiap hari untuk memudahkan segala macam jenis urusan seharian kita
4)SOLAT TAHAJJUD
Ada pendapat yang mengatakan kita perlu tidur dahulu sebelum buat solat sunat ini tetapi jika kita jenis kaki tidur lewat,atau kerja shift malam tak perlu tidur dan terus buat solat sunat ini sebelum tidur.Sekurang-kurangnya 6 rakaat 3 kali salam
5)SURAH AL WAQIAH
Surah ini perlu diamalkan sekerap yang mungkin dalam sehari. Ada yang kata mustajab selepas solat Asar, ada yang kata waktu pagi selepas Subuh, tapi yang penting dalam sehari amalkan surah ini dengan sebanyak mungkin
6)ZIKRULLAH
Sentiasa basahi bibirmu dengan berzikir kepada Allah. Dengan mengingati-NYA hati pun menjadi lapang dan tenang, tak suruh percaya tetapi suruh amal
7) BERSELAWAT KE ATAS NABI S.A.W
Semoga dengan berselawat ke atas nabi kita mendapat syafaat daripada baginda.Dan amatlah rugi dunia dan akhirat sekiranya kita tidak mendapat syafaat daripada baginda S.A.W
Semoga dengan tips yang dikongsikan sekurang kurangnya dapat membantu ekonomi kawan kawan dalam menjalani tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah.
Terima kasih.