Saturday, 7 December 2019

YURAN KEBODOHAN !!!

Ok untuk cerita youtube kali ini tabib ingin bawa mesej pasal antara dua darjat. Bayangkan nasihat kawan kawan kita perlecehkan tapi bila mentor mari siap mintak bayar duit kita boleh bayar walaupun hakikatnya mesej yang sama juga ingin disampaikan. Bezanya sebab dia dah berjaya. Cakap laku.

https://youtu.be/LMibIyzViFA

AKHIRNYAA AKU KEMBALI AKTIF...DECEMBER 2019

Salam gaiss. Apa khabar??

Aku sebenarnya dah lama cari blog aku ni. Aku create tahun 2013. Time tu aku masih bekerja sebagai penolong pengawai latihan di Perda Tech.

Ok memandangkan aku dah start berblog jadi aku nak cerita la kemana aku menghilang. Dan syukur tuhan aku masih ada blog yang tak ramai follower ni. Hahahaha.

Harini 7 Disember 2019. Aku create dulu tahun 2013. Cuba cuba dulu tahun tu. Lepas tu macam macam idea nak buat. Kisah motivasi. Kisah makan makan. Dan kisah lawak. Namun tak terlaksana sebab laptop aku hilang dalam bas sewaktu balik dari Penang ke Terengganu.

Tahun 2014 aku berenti kerja on the spot. Konon sebab nak berbisnes dan jaga orang tua (ayah aku atas kerusi roda sebab slipdisk sejak 2012. Sekarang dah nak masuk 9 tahun dah) Jadi konon aku gamble balik tu dengan harapan aku boleh survive.

Malangnya tak!!!!

Aku cuba jadi jurujual. Tapi tak sangka syarikat tu amalkan kroni dalam team dan kena jaga wilayah masing masing. Command and conquer gitu. Jadi disebabkan aku modal nipis jadi aku pun kebelakang. Tanda tanda awal aku nak jadi mandom.

Tahun 2015 aku start nak buat ubat kencing manis warisan pakcik. Malangnya yang ni ditipu oleh kawan kawan. Aku share partner 3 orang. Aku berdua bahagian setup dan sorang lagi bahagian marketing. Bila dah habis modal dekat 5k untuk hasilkan 100 produk ( tapi barang barang macam kotak berlabel dan botol semua kena beli 1000 pieces) alih alih dia bertukar fikiran last minit. Oh shit happend again.

2016. Mataku belah kiri dah parah akibat kataraks (akibat jangkitan belah kanan) Dan yang kanan pun makin tipis penglihatan. Ke hospital la aku untuk operate. Bayangkan tahun tu saje hampir setahun aku ulang alik ke hospital. Lagi satu haru ade ke doktor cakap kulit aku kena kusta. WTF!!! Dan aku jadi mangsa ujikaji hospital. Yang bengangnya setiap kali jumpak doktor setiap kali tula doktor lain lain. Dah doktor lain maksudnya otak pun lain lain. Doktor. Bukan tuhan. Manusia supa kita jugak. Dipendekkan citer aku berjaya operate.

Ingatkan boleh lega disitu. Dah baru sampai rumah dalam keadaan mata berbalut dah masuk mesej mintak hutang. Ape kejadah perangai. Masuk skim cepat kaya yang aku taja. Bila kompeni lari aku yang kena tanggung!!! Lagi cibai cakap aku yang berhutang. Nama manusia. Senang ingat time susah cari pasal. Tak semena mena aku stress lagi.

Tapi dah ada handphone baru time awal 2016 tu. Vivo v5. (Pakai sampai sekarang) bertukar dari samsung j7. Bayangkan banyak perubahan app lagi mudah lepas 5 tahun tukar phone. So bisnes kencing manis gagal. Oh ya duit operate tu hasil bantuan kerajaan Terengganu under maidam. Terima kasih Terengganu.

2016 aku start balik jadi jurujual syarikat lama sebab upline aku cakap dah sistem dah berubah. Malangnya dekat 6 bulan stay situ satu income pun tiada. Gile. Orang tua confirm marah la sebab jadi beban. Usia makin meningkat. Urghhh. Di mata orang terus je aku ni nampak macam jantan tak guna.

So start 2017 aku tukar vision. Sebab time kije jadi jurujual tu aku selalu gak urut bos bos. Jadi baru aku tahu aku dapat satu anugerah iaitu urut tanpa letih walaupun dua tiga jam. Jadi mungkin ini rezeki aku.

2017 aku start jadi tukang urut. Nama penaku sulaiman arkhlakerm. Sebab aku rasa nama aku macam pembawa s*al. Aku jadi malu dengan nama aku sendiri. Time tu aku mula berjinak jinak nak buat video sebab dah start berkawan dengan orang yang reti main video ni.

Tapi ada masalah lagi. Nak ajak orang berlakon sekali tapi takdak duit nak bayar. Macam mana tu? Teknologi makin kedepan. Vivo v5 aku ni pun bila shot macam kureng dari hp terkini. Ouhh bala bala. Tapi aku tetap dengan kerjaya mengurut.

2019

Awal tahun ni aku nak join pertandingan tv3 drama sangat. Malangnya team tak nak berlakon sebab ada komitmen lain. Yela benda free takkan nak paksa. Hingga malam last penutup tu aku dah pasrah campur bengang. Tapi malam tu ada dua orang sahabat yang mesej cakap teruskan perjuangan video ni.

Bayangkan dari jam 12 malam sampai 5 pagi buat video seorang diri. Esok edit. Lepas tu post hantar. GAGAL. Tapi aku puas dan ada semangat baru.

https://youtu.be/_6QK708KZ70

Lepas tu dah start gile nak bervideo. Habis mesej orang ajak berlakon. Hahaha. First yang terima member sekolah. Lepas tu sibuk dah. Cari pulak orang lain. Pun member sekolah jugak. Sekali dengan suami dia sekali berlakon. Nahh. Hahaha. Tapi masih kayu dan tak reti nak menghayati lagi cerita.

Lepas tu bulan April Nabil rajalawak buat contest uphamol. Peninglah. On the spot join dengan anak sepupu. Nak fight supaya dapat kejuaraan penuh liku jugakla sebab sofyan yang mengidolakan zach king tu masuk sekali. Alih alih menang juara solo.

https://youtu.be/IYgFnPIyQgo

Ni time pihak produksi astro team datang umah

https://youtu.be/C_ksSPodcRQ

Lepas dari tu masih lagi takde job. Sehingga abang kedai makan bagi job suruh promote kedai dia.

https://youtu.be/ONuiIGwgzf4

Alhamdulillah. Nak teruskan kan dah lewat malam nantilah kita sambung ye. 

Tapi moral nak citer sini orang cuma nampak apa yang ada didepan mata. Jarang sekali memahami kepayahan dan keperitan yang berlaku pada seseorang.  Ada merc ada rumah sendiri ooo dia berjaya. Tua tua takdak apa apa ooo ini mesti pemalas ni. Kaki tido. Sekian.


Popular Posts