Saturday, 30 January 2016

Alhamdulillah...

Segala puji hanya milik Engkau ya Allah, akhirnya hari ini aku sudah berjaya pasang TM net streamyx dirumah. kelakar bukan?? rumah orang lain sudah Lebam main internet sedangkan rumah aku baru je nak kenal apa itu streamyx.

Bukan kelakar...

Sejak balik hari itu, ingatkan nak cut cost, pasang jenama P% Vimax tu, sekali coverage tak stabil, kejap putus dan ada limit, tak leh lawan jugak dengan streamyx ni. Jadinya selama itu segala perjalanan blog ke, program online ke...semua terbantut. 2014 main sekejap, 2015 all out hilang dari pandangan maya, 2016, Januari, choihhh i'm backkk.

Sehingga suatu hari kawan baik aku tergerak nak labor kos internet. bagaikan orang mengantuk disorong bantal, aku terima aja walaupun tahu lepas ni nak jadi mangsa ungkit kalau tetiba gaduh memang dah Nampak terang-trang dah!!!hahaha!!!

Tapi takpa, janji ada internet di rumah, dah bolehla nak tengok youtube sampai Lebam, nak layan lagu sampai leleh.....sebenarnya aku diusia 30 an ni dah kene focus apa yang aku miss 10 tahun lepas.

oh....bila difikirkan balik, bukan aku miss, 10 tahun lepas aku sudah merasai jawatan sebagai seorang penolong pegawai dalam sector kerajaan. tetap dan berpencen.Banyak suka duka yang aku tempuhi dan aku tahu kalau aku stay even untuk next 30 years, aku dah tahu tangga gaji aku berapa. Jadi macam tak mencabar...

Sebab itu aku mengambil keputusan yang agak drastic dan giler untuk aku sebagai cabaran dalam hidup aku.

Aku berhenti on the spot pada 1 Oktober 2014 selepas 10 bulan aku cuti tanpa gaji (time aku start blogging ni time tu aku cuti tanpa gaji...tapi time tu jodoh aku dengan internet tak panjang,kene potong..heee)

Bila aku begini, baru aku rasa betapa peritnya hidup, betapa berharganya duit. dulu aku seorang pemboros dan asyik memandang rendah kepada orang yang kedekut. sekarang aku merasakannya sendiri even not RM10 tu rasa macam besar.

Dan sekarang, aku sudah pandai belajar untuk berkira-kira (bukan berkira) dengan bajet hidup aku. Aku cuba melawan nafsu dan control nafsu serakah aku supaya cuba jangan, jangan dan jangan untuk perkara yang membazir.

Dulu masa di government sector, duit tu bila nak abis, cukup gaji ada top up balik. Jadi bila dah biasa, aku jadi tak bersyukur, menyesal?? tidak sama sekali. Aku tidak akan menyesal kerana berhenti secara drastic begini kerana aku sendiri yang kemudi haluan hidup aku.

Bila dalam kesempitan sekarang, banyak orang yang aku jumpa yang berjaya menjadi jutawan dalam lapangan bidang masing-masing menasihati aku supaya keep on moving. kesengsaraan itu bersifat sementara, gagal itu normal, bangkit berdiri itu luar biasa.

Aku sudah mula berjinak jinak dengan tokoh sale seperti Brian Tracy, tokoh motivasi merangkap guru Dr Azizan sendiri, Anthony Robbins (cuma Robbin Sharma je belum), tokoh santun Dale Carnegie, tokoh matlamat si Zig Ziglar, tokoh habit Stephen R. Cowey dan ramai lagi.

satu persamaan mereka ialah mereka sendiri pun berpegang teguh kepada agama mereka dan mengamalkan amalan mereka. Jadi semakin aku membaca karya mereka semakin aku sedar, tiada guna untuk kita jauh dari Allah taala. Yang memberi rezeki hanyalah Allah, tiada yang selayakknya lagi.

Dan yang bestnya semakin aku mendekati diri kepada jalan Allah, semakin aku dilorongkan dan ditemukan dengan orang yang hebat dan sudi berkongsi rahsia secara terbuka, sedangkan di market luar sana, satu kepala untuk belajar ilmu FB ads, ilmu saham mencecah RM3000 ke RM 4000 sedangkan aku cuma perlu disiplin dan punyai semangat untuk berubah. bila aku mendekati mereka itu. ITU SAHAJA!!!

Testimoni dari sahabat aku sendiri merangkap saudagar batu permata, buat keluar modal untuk sebulan RM 500, pulangan yang dia dapat adalah RM 19 000 hanya melalui FB ads. ada sesetengah orang, RM19 000 itu ibarat seposen atau satu sen dimatanya ada yang nampak value itu boleh selesaikan segalanya.

Disini aku tidak mahu promote siapa pengajar itu, cuma aku mahu sarankan kalian yang membaca ini walaupun tak paham (hahahahaah) supaya kejarlah ilmu akhirat, carilah Allah, banyakkan zikrullah.

Setahun aku mencari kekayaan dunia, aku sesat, aku tension, aku hilang malah sehingga hari ini rakan kongsi aku masih lagi terawang-awangan mencari projek (dia sudah keluar). Jadi waktu itu kepala aku seperti diketuk dengan satu objek yang keras supaya bagi sedar oleh seorang yang berpangkat jutawan MLM, saudara Irwan Sanei supaya kembali menjaga hubungan dengan Allah balik, jadilah seperti seekor singa di siang hari, merintihlah seperti bayi di malam hari. kata-kata azimat itu akan aku simpan dalam peti ingatan aku.

jadi sekarang pun sudah hampir pukul 2.00 petang. Jadi aku harus sambung kerja.

terima kasih.

Popular Posts