Ya sudah 4 bulan aku berstatus tidak makan gaji dan bulan ketiga adalah bulan yang teruk bagi aku....paling teruk....paling menguji iman aku....dan bulan ini aku sedar tidak semua orang memilih untuk keluar dari comfort zone ....it's okay, pilihan masing-masing. Tapi bagi aku kerja rezeki ini termasuk dalam perkara ghaib dan aku percaya kepada alam ghaib.
Bulan ke 4 aku duiji dan bulan ini lah Allah mengangkat darjatku...sepatutnya, projek aku hari ke empat Ramadhan sudah berjalan sesudah hari pertama Ramadhan dan settle projek mega aku tapi alangkah terkejutnya aku bilamana mendapati kawan aku menjadi sasaran polis interpol dan ditahan di luar negara....kawan aku yang punyai link yang cukup cekang akhirnya berada dalam tahanan dan menyebabkan aku betul-betul lost time tu...berputus harap terus....terduduk terus...
Sedangkan orang yang menjadi nadi belakang projek yang aku buat ini semua bergantung kepada network dia alih-alih dia kena masuk dalam sel....aduh....tapi jangan salah faham, kami bukan melakukan aktiviti penyeludupan atau meniaga dadah....nope....masih banyak lagi la rezeki Allah bagi dalam dunia ni, mengapa memilih untuk 'membunuh diri sendiri' dan maafla projek yang aku jalan pun setakat ini tidak boleh dikongsi disini, cuma boleh dikongsi kejerihan kehidupan aku sahaja....
Jadi seminggu Ramadhan sudah berlalu....
Aku percaya, rezeki, ajal maut, jodoh datang dari Allah dan Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya...dan aku telah merasainya sebulan di bulan Ramadhan dan ingin aku berkongsi disini....Subhanallah,,,,
Aku betul-betul jatuh terduduk disamping hutang setiap bulan makin meningkat, yerla hutang rumah, hutang kad kredit, hutang internet, hutang yayasan, pendek kata semua itu makin aku kuat semangat untuk menunaikan solat-solat sunat...
Sekadar berkongsi, bukan nak riak, dalam sebulan bulan Ramadhan tu beberapa jam je sehari aku terlena kerana aku tidak dapat lena dan ada juga hari hari yang betul betul penat baru aku lena betul-betul tetapi sekadar cukup 4 jam hingga 6 jam sahaja, yang lain aku tak dapat lelapkan mata, jadi bertitik tolak dari situlah aku rajin menunaikan solat-solat sunat...
Sebenarnya aku banyak terpengaruh dengan buku karangan ippo right santosa rahsia otak kanan kerana jalan penulisannya membuat seolah-olah dia sedang bercakap dengan kita dan jika orang malaysia salah seorang yang aku pernah baca cerita motivasi yang jalan penulisan seolah-olah kita sedang bercakap dengan dia adalah H.M Tuah
Jadi melalui buku ini banyak berkisar tentang aura, di mana bila kita selalu ulang, ulang dan ulang, getaran aura yang terhasil itu makin power, makin besar....sebagai contoh, nilai duit satu ringgit lebih kecil jika dibandingkan dengan nilai duit 10 ringgit, jadi bermakna nilai 50 ringgit lebih besar dari nilai 10 ringgit....masih tak dapat tangkap?
Solat dhuha, kalau kita lakukan sekali, nilainya kecil jika kita lakukan sebanyak 3 kali, dan nilai solat sunat dhuha yang diulang 5 kali lebih besar auranya berbanding mendirikan 3 kali tadi? Jelas?
Jadi melalui buku itu, aku mendisiplin diri untuk
- Solat Dhuha 5 kali, 10 rakaat 5 salam
di waktu pagi dan
- Solat Sunat taubah 1 kali
- Solat Sunat hajat 2 kali, 4 rakaat, 2 salam
- Solat Sunat Tahajjud 5 kali, 10 rakaat 5 salam
di waktu malam dan tak lupa aku berusaha untuk habiskan
- Surah Al-Waqiah sebanyak 40 kali ulangan
- Surah Yassin 4 kali ulangan
- Zikrullah sebanyaknya
- Surah Al-Fatihah 40 kali ulangan
- Surah Al-Qadr 40 kali ulangan
Waktu itu pengharapan aku cuma Allah taala sahaja. Ya, aku manusia biasa, pernah melakukan dosa dosa besar dan dosa dosa kecil dan ujian ini adalah sebahagian daripada kifarah hidupku,Tetapi yang pasti aku tidak pernah mensyirikkan Allah, tidak pernah menduakan Allah.Di setiap malam aku merintih-rintih meminta bantuan daripada Allah. Dan janji Allah itu pasti, ya PASTI!!!
Surah Al-Waqiah itu hanya tiga kali sahaja aku sempat cukupkan 40 ulangan, yang lain memang terlalu sukar hendak aku cukupkan...
Dan...
Suatu hari pada hari malam tepat pukul 3 pagi, seperti biasa aku hendak memulakan solat, tiba-tiba aku mendapat penggilan telefon dari kawan lama aku, dari bulan Januari haritu janji mahu bayar hutang aku alih alih saat tu baru telefon, minta maaf dan berjanji nak lunaskan hutang aku yang tertunggak, dalam hati aku hari tu alhamdulillah....
Dan kerana aku
kisah ajib#
kisaj ayah long bagi duit balance