Saturday, 31 May 2014

It's 1 June 2014

1 Jun 2014....

Hari ni hari Ahad, lagi 2 minggu piala dunia World Cup nak berlangsung kat Brazil....lagi beberapa hari jer lagi nak bermula Ramadhan dan yang penting sudah genap dua bulan aku dalam tempoh bercuti....


Ya...aku nekad ambil keputusan cuti tanpa gaji dan memilih jalan hidup sebagai seorang freedom...bebas dari punch card sebelum pukul 8, bebas dari kerja aku dipantau oleh orang orang sekeliling, bebas dari orang pelepas kerja, bebas dari perhatian bos, dan seminggu selepas aku amik keputusan cuti tu alangkah lapangnya pemikiran otak aku yang selama ini semak dan serabut dengan orang orang sekeliling...well tak semua orang sekeliling aku begitu tapi adalah sikit walau minoriti adalah virus yang berjangkit dan boleh membiak hingga menjadi raksasa perosak untuk hidup aku...


Ramai yang rata rata cakap, aku dah gaji tetap, kerja kerajaan, yang kononnya terjamin dan aku dengan senang hati melepaskan jawatan aku tu di saat orang lain memerlukan kerja, tercari cari pendapatan tetap dan majoriti mengatakan aku ambil tindakan BODOH!!! Ya...perkataan pertarungan dalam hidup aku sekarang....


Dan yang lebih teruk pada pandangan orang .....aku melepaskan jawatan aku di saat aku baru memulakan bisnes...bukannya bisnes aku ni bisnes yang dah masuk ratus juta USD pun dan bukannnya dah established...baru nak bermula...dengan modal memang tiada!!!


Dan itulah aku, aku buat ini semua kerana aku telah letih memotivasikan orang untuk berjaya sedangkan aku pulak di bidang makan gaji....memang cakap tak serupa bikin dan aku sendiri tak akan merasa bagaimana perasaan jatuh bangun orang berniaga dan sekarang sudah 2 bulan tempoh aku harungi....
Setiap malam memang tidak akan lena tidur dan ada hari aku tak pernah tidur malam kerana memikirkan strategi untuk nak majukan bisnes aku....


Masa ini orang orang sekeliling cuma segelintir yang menyokong tetapi rata rata macam tengok dalam keadaan tak yakin bahawa aku ni mampu melawan cabaran yang aku sendiri buat,,,dan itulah kenangan yang aku sendiri jer rasa bila di saat kita tiada punyai apa apa especially benda itu namanya wang...


Di mata orang memang aku sekarang tiada apa apa...kerana aku sedang menyemai benih dan menjadikan akar aku cukup kuat kerana bukan sasaran aku hendak membina pokok bunga perhiasan tetapi sasaran aku membuat akar untuk jadi pokok balak...pokok yang boleh hidup lama dan kukuh....manakan kukuh sesuatu binaan yang tinggi kalau ditapaknya sebesar semut?? jadi dengan kesempatan freedom time aku ni aku membeli buku buku yang dulunya aku tiada masa untuk membaca...yerla tiba tiba meeting, tiba tiba praktis mesin, tiba tiba hari sukan, mana la nak sempat jika berbanding sekarang 24 jam aku bina jadual hidup aku sendiri.....


Dan apabila aku membaca buku buku karangan tokoh tokoh usahawan ternama dunia yang berjaya baru aku tahu selama ini aku tersalah langkah untuk memilih jalan hidup...alangkah bangangnya aku kerana di dunia nyata segala sijil sijil tidak lagi diterima tetapi yang penting adalah berapa jumlah simpanan di bank yang kita ada....dan buku itu betul betul membuatkan aku tercabar pada diri sendiri....


Aku rasa sampai di sini dahulu, kerana masa sekarang amat berharga dan aku akan kongsi lagi tips tips yang bermanfaat dan persoalan kenapa sijil sudah tidak penting bagi aku?? Bagaimana orang yang dah memiliki gelaran Doktor Falsafah? Apa itu Kapitalis? Menjaga hubungan dengan yang Maha Esa? nantikan sambungan...


Popular Posts